Tanda Kejadian
  Kepulan awan gelap, besar dan tinggi.
  Petir dan guruh kelihatan dari jauh.

Persediaan
  Periksa sekitar rumah, pokok dan dahan kayu yang mati     mungkin jatuh.
  Ikat atau letakkan dengan kukuh barang - barang di luar rumah.

SEMASA BENCANA

Di Luar Rumah
  Segera masuk ke dalam rumah atau bangunan
  Sekiranya terasa petir akan berlaku, segera membongkok ke hadapan, duduk dan peluk lutut ke dada.
  Jangan meniarap di atas tanah.
  Jauhi struktur yang tinggi seperti pokok, pagar, tiang telefon, tiang elektrik dan sebagainya.
  Jauhi rod - rod pengalir seperti antena radio, kayu golf, tangga besi atau jentera seperti traktor, basikal dan     sebagainya.
  Jauhi longkang, sungai paya, tasik atau mana - mana tempat takungan air.

Di dalam rumah
  Bawa masuk barang - barang ringan ke dalam rumah.
  Tutup tingkap dan pintu serta kunci dengan betul.
  Tutup suis elektrik dan injap gas, tanggalkan palam perkakasan elektrik.
  Jangan gunakan telefon, radio wayarles atau menonton televisyen.
  Dengar siaran radio untuk maklumat terkini.
  Jauhi pili dan paip air, sinki, tab mandi atau paip gas (pengalir kilat).

Di dalam kereta
  Berhenti di tepi jalan dengan berhati -hati dan jauhi pokok- pokok besar.
  Duduk di dalam kereta dan nyalakan lampu kecemasan (Hazard Lights).
  Jangan berhenti atau melalui jalanraya yang mungkin dilanda banjir.

SELEPAS BENCANA

  Pastikan tiada kecederaan atau tanda -tanda sakit pada ahli keluarga, beri bantuan jika ada.
  Hulurkan bantuan kepada jiran anda, golongan kurang upaya.
  Laporkan segera kepada pihak berkuasa jika terdapat tiang lampu atau elektrik yang tumbang, paip air, paip gas     yang pecah atau bocor.
  Jika memandu teruskan perjalanan dengan berwaspada, jalanraya mungkin ditelenggami air atau terdapat     sampah sarap dan objek yang menghalang laluan anda.