Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)

Profil ALPHA

Objektif ALPHA

Akademi merancang dan melaksanakan kursus-kursus di peringkat Pusat untuk Pegawai Tetap Jabatan dan Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bagi meningkatkan ketahanan, kecekapan dan kemahiran dalam aspek pengetahuan serta tindakan Pertahanan Awam bagi membolehkan personel berkenaan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Jabatan dari semasa ke semasa.

Misi dan Visi

Visi

Menjadi sebuah institusi Akademi Pertahanan Awam yang mantap dan tetap unggul dalam menyediakan Anggota Angkatan dan masyarakat yang berdaya kendiri.

Misi

Melahirkan anggota dan Angkatan Pertahanan Awam melalui konsep “Ilmu-Cekap-Yakin”.

Takwim Kursus / Latihan ALPHA

Berikut merupakan Takwim Latihan/Kursus yang akan diadakan sepanjang tahun di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi:

422280977-JAN-DIS-2015-TAKWIM-new1-11

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus di PULAPA wilayah Timur dikendalikan oleh 2 sekolah di Bahagian Pengurusan Latihan(BPL),iaitu Sekolah Kemahiran dan Sekolah Pengurusan.

a) Sekolah Kemahiran

  1. A & D (Ascending & Descending)
  2. Asas Penyelamat
  3. Penyelamat Lanjutan
  4. Kecederaan Domestik (Kursus baharu pada 2012)
  5. Basic Trauma Life Support (Kursus baharu pada 2012)
  6. Melawan Kebakaran (MK)
  7. Ruangan Terhad (Pegawai & Anggota)
  8. PPPO
  9. ASTO (MK&PPPO)

b) Sekolah Pengurusan

Antara kursus yang dikendalikan adalah kursus yang berbentuk pengurusan angkatan JPAM, kecemasan, bencana, acara dan pengurusan soldadu JPAM:

  1. Pegawai Tidak Bertauliah (PTB)
  2. Jurulatih Asas
  3. Kawad Kaki
  4. Pengurusan Pusat Pemindahan
  5. Masakan Kecemasan
  6. Penyelaras Kadet (Pegawai Teknikal Kadet)
  7. Ketua Platun (Pelajar Kadet)
  8. Pengurusan Dokumen –Bahagian Pengurusan Angkatan (Kursus baharu pada 2012)
  9. Masakan Lanjutan (Kursus baharu pada 2012)

Kemudahan Yang Disediakan

Berikut adalah senarai kemudahan yang terdapat di PULAPAT, Jengka:

a) Kemudahan Latihan JPAM

  1. Menara penyelamat setinggi 4 tingkat.
  2. Kawasan latihan jeda (circuit training).
  3. Kawasan simulasi penyelamat ruangan sempit (confined space).
  4. Kawasan latihan melawan kebakaran.
  5. Maklmal komputer dengan 40 unit komputer.
  6. Kawasan latihan masakan kecemasan.
  7. Kawasan latihan memasak luar.
  8. Kawasan perkhemahan separa hutan.
  9. Sebuah Dewan besar.
  10. 2 unit Kelas latihan.

b) Kemudahan Prasarana Peserta Kursus

  1. Penginapan – 4 blok asrama yang dapat menempatkan 200 orang dalam satu-satu masa.
  2. Dewan makan – Komposisi seramai 100 orang dalam satu satu masa
  3. Kemudahan riadah – Gelanggang sukan seperti sepak takraw, bola tampar, futsal. Gimnasium dengan kemudahan ‘free weight’ dan cardio machine.Trak jogging di sekitar keluasan PULAPAT.

Kadar Sewaan Kemudahan

BIL.KEMUDAHANKADAR SEWAAN (RM)
1Asrama (termasuk dobi, elektrik & air)-
1) Bilik-   20.00 seorang/sehari
2) Dorm-   15.00 seorang/sehari
2Bilik Kuliah (termasuk kerusi , meja, OHP dan Papan putih- 120.00 satu bilik/sehari
1) Kerusi Banquet-     1.00 sebuah/sehari
2) Kerusi Plastik-     0.50 sebuah/sehari
3) Meja-   20.00 sebuah/sehari
3Peralatan Latihan-
01) Portable Pump Waterous E 600-  100.00/sejam
02) 4" Suction Hose-    10.00/sejam
03) Busket Strainer-    10.00/sejam
04) Metal Strainer-    10.00/sejam
05) 1 1/2 Delivery Hose-    30.00/sejam
06) 2 1/2 Delivery Hose-    30.00/sejam
07) Gun Hose With Control-    10.00/sejam
08) Pistol Grip Nozzle-    10.00/sejam
09) Breathing Apparatus Set Complete-    50.00/sejam
10) Strecther Lipat-    30.00/sejam
11) Strecther MK II-    30.00/sejam
12) Tali Belati-  100.00/sejam
13) Suction Adaptor-    10.00/sejam
14) Hydrant Adaptor-    10.00/sejam
15) Dividing Breeching-    10.00/sejam
16) 2 Way Collecting Box-    10.00/sejam
17) Stand Pipe-    30.00/sejam
18) Hdrant Key & Bar-    10.00/sejam
19) Helmet (putih, Merah & Oren)-    20.00/sejam
20) Fireman Boot-    30.00/sejam
21) Tali Kernmantle-   200.00/sejam
22) Carabiner-    20.00/sejam
23) Figure Of Eight-    20.00/sejam
24) Figure Of Eight With Ear-    20.00/sejam
25) Jammer-    20.00/sejam
26) Pulley-    20.00/sejam
27) Stopper-    30.00/sejam
28) Rappel Rack-    30.00/sejam
29) Half Harness-    50.00/sejam
30) Full Harness-    50.00/sejam
31) Slin-    20.00/sejam
32) Glove-    10.00/sejam
33) Spreader Cutter Complete-   200.00/sejam
34) Blanket Hijau-    10.00/sejam
4Kenderaan Jabatan-
01 - 50 KM-   100.00
51 - 100 KM-   (+50.00)
101 dan ke atas-   (+100.00)
5Lain-lain-
Makan dan Minum-   20.00/sehari/seorang
Tapak Khemah-   05.00/seorang

Hubungi PULAPAT

SM. (PA) Mohd Aidil Bin Kassim
Ketua Unit Perhubungan Awam

Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)
Lot 14617 Persiaran Institusi Bangi,
43000 Kajang Selangor

Telefon : 03-8926 2991
Fax :03-8922 3637

Email : proalpha@civildefence.gov.my

Peta Lokasi

Facebook PULAPAT

Print Friendly, PDF & Email