SEJARAH PWS JPAM

SEJARAH PWS JPAM

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mula menggunakan siren Sistem Amaran Awam (PWS) yang dibawa masuk oleh pihak British pada tahun 1952. Antara siren yang digunakan adalah siren konvensional dan siren elektrik yang dipasang di lokasi berkepentingan ekonomi seperti pelabuhan. Pengoperasian siren ini telah dipertanggungjawabkan kepada pihak JPAM.

Sejak 1960an, PWS digunakan sebagai satu sistem untuk amaran serangan udara menghadapi peperangan. Mulai 1970an, siren PWS ini dipasang di beberapa lokasi strategik di bangunan pentadbiran kerajaan di beberapa negeri bagi memberi amaran kemungkinan ancaman dan bahaya kepada orang awam. JPAM menggunakan siren PWS ini khasnya di Pulau Pinang dalam eksesais Integrated Air Defence System (IADS) di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA). Melalui projek Malaysia Air Defence Ground Environment (MADGE) pada tahun 1984, JPAM memasang siren PWS di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan dan sektor ekonomi yang perlu dipertahankan pada masa itu daripada sebarang ancaman serangan peperangan. Siren PWS terkini jenis elektronik turut dipasang di beberapa menara penyelamat pantai (Baywatch) JPAM sejak berlakunya bencana tsunami pada tahun 2004.

 

FUNGSI SIREN PWS

  1. Memberi amaran kepada orang awam mengenai ancaman serangan udara musuh dan peperangan.
  1. Memberi amaran kepada orang awam mengenai ancaman bencana, kecemasan dan ketenteraman awam.
  1. Medium melatih dan mendidik orang awam mengambil tindakan sewajarnya dalam situasi diperlukan.
  1. Membuat pengumuman dan pemberitahuan awam.

 

jenis-nada-new-29-1

 

JENIS-JENIS SIREN

pws2

  

KAEDAH KESELAMATAN DIRI

pws1

 

LANGKAH KESELAMATAN

  1. Padamkan punca utama elektrik dan gas ketika bencana.
  1. Sentiasa menjaga bahagian kepala ketika mengambil perlindungan.
  1. Simpan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, passport, surat kelahiran, geran, polisi insurans dan sebagainya dalam satu bekas atau beg khas yang mudah dicapai oleh ahli keluarga .
  1. Sediakan kit pertolongan cemas, pek jangka hayat dan makanan kecemasan mengandungi beras, tepung, gula, makanan kering, minyak masak, lampu suluh, bateri, radio kecil, mancis, lilin, air mineral dan sebagainya yang mudah dicapai dan dibawa ketika bencana.
  1. Sentiasa berikan bantuan kepada orang sekeliling yang memerlukan ketika bencana.
  1. Gunakan semua kemudahan yang ada untuk urusan yang penting dan kecemasan sahaja.
Print Friendly, PDF & Email
Share
Bahasa: