GARIS PANDUAN TINDAKAN DALAM MENGHADAPI DARURAT JEREBU

Apabila keadaan darurat jerebu diistiharkan, Jawatankuasa Pengurusan Dan Bantuan Bencana Negeri hendaklah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

  mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada Kerajaan ataupun swasta dan lain-lain tempat     bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kauri.

    Larangan penutupan ini adalah dikuatkuasakan kecuali bagi
      kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar, pasar raya;
      klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat; dan
      perkhidmatan-perkhidmatan perlu

  menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah;

  menasihatkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian;

  menentukan semua sekolah ditutup;

  menentukan penyebaran maklumat indeks pencemaran kepada pihak media cetak dan elektronik dibuat     seberapa kerap;

  meminta pihak media menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berada di dalam rumah serta tindakan -     tindakan yang perlu diambil oleh mereka;

  Kementerian Penerangan hendaklah memastikan maklumat-maklumat di atas disiarkan secara berterusan;

  Menentukan penguatkuasaan pengharaman pembakaran secara terbuka terus dikuatkuasakan; dan

  Menentukan arahan darurat jerebu ini tidak melibatkan perisytiharan perintah berkurung (kecuali keadaan-     keadaan tertentu di bawah mana-mana peruntukan undang-undang mewajarkannya).

Petikan Daripada:
Bahagian Keselamatan Negara
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya