ANCAMAN BOM

Jika anda menerima ancaman bom melalui telefon;
  JANGAN beri amaran secara umum atau menghidupkan     penggera kecemasan.
  BERTENANG dan berwaspada serta bercakap dengan sopan.
  CUBA panjangkan perbualan dan lengahkan pemanggil.
  CATATKAN setiap kata bual anda dengan pemanggil.
  JANGAN mengganggu percakapannya.
  CATAT nombor sekiranya telefon anda ada sistem     pengesanan pemanggil.
  USAHA dapatkan bantuan untuk menghubungi pihak     berkuasa.
  DAPATKAN seberapa banyak maklumat mengenai bom     tersebut seperti :-
      Bila bom tersebut akan meletup.
      Dimana bom itu berada.
      Jenis bom yang dinyatakan.
      Bagaimana rupa bentuknya.
      Kenapa bom itu diletakkan.
      Dari mana panggilan dibuat.
  BERIKAN kepada pihak berkuasa maklumat yang anda terima     secara terperinci.
  HUBUNGI Pengurus Keselamatan dan kecemasan tempat     anda.
  JANGAN maklumkan pada orang lain, biarkan pihak     pengurusan keselamatan menguruskannya.
  LAKUKAN pencarian pantas di sekitaran tempat anda untuk     mengenalpasti sesuatu yang disyaki atau pelik.


Benda yang disyaki Bom
Apabila anda menemui sesuatu yang disyaki bom itu...
  JANGAN beri amaran secara umum atau aktifkan penggera kecemasan.
  JANGAN sentuh benda yang disyaki bom tersebut.
  TINGGALKAN tempat itu dengan segera.
  LAPORKAN penemuan anda kepada pihak keselamatan dengan segera.
  TUNGGU arahan lanjut dari pihak keselamatan tempat anda.

Surat yang disyaki berbahaya
  Tiada nama dan alamat pengirim.
  Ejaan yang salah.
  Alamat kepada jawatan sahaja.
  Kesilapan nama dan jawatan.
  Taip atau tulisan yang teruk.
  Nilai setem yang berlebihan.
  Kelihatan wayar.
  Tanda pos asing.
  Bentuk yang ganjil dan tidak sekata.
  Padat dan keras.
  Terdapat kesan-kesan seperti serbuk, gris atau berminyak.
  Bau yang asing.
  Pita atau ikatan yang berlebihan.
  Ada bunyi ganjil.
  Terdapat tanda seperti "Peribadi" atau "Sulit".
  Mungkin kiriman dibuat dari luar negara.

Sekiranya anada menerima surat yang disyaki mengandungi bahan berbahaya...
  JANGAN buka, goncang, atau ketuk.
  JANGAN rasa atau bau.
  BERHATI-HATI memegang surat tersebut untuk mengelakkan gangguan kepada kesan tandatangan, tulisan,     alamat dan sebagainya.
  ASINGKAN surat tersebut, tutupkan ia.
  TINGGALKAN tempat itu dengan segera.
  HALANG laluan ke tempat itu.
  BERI amaran kepada orang lain di kawasan itu.
  BERSIHKAN tangan anda dengan air dan sabun.
  HUBUNGI pihak pengurusan keselamatan dan kecemasan tempat anda.

Jika anda terbuka surat yang mengandungi serbuk atau lain-lain bahan yang disyaki...
  JANGAN cuba bersihkan serbuk itu.
  TUTUP bahan itu dengan baik.
  BERI amaran kepada orang lain dan tinggalkan kawasan itu.
  TUTUP pintu dan tingkap serta halang orang yang tidak berkenaan masuk.
  TANGGALKAN pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera, masukkan dalam bekas plastik.
  JIKA boleh mandi dengan air dan sabun.
  HUBUNGI pihak pengurusan keselamatan dan kecemasan tempat anda.

ANCAMAN PENGGANAS

Jika anda mempunyai maklumat tentang aktiviti pengganas, jangan ambil sebarang tindakan sendiri. Laporkan kepada pihak Polis dengan segera;
  Telefon 999/991 untuk situasi kecemasan yang mengancam nyawa.
  Hubungi Balai Polis berhampiran untuk melaporkan situasi berikut;
    »  Keadaan atau kelakuan yang mencurigakan serta luarbiasa.
    »  Keadaan yang menakutkan tetapi tidak mengancam nyawa.
  Bersikap tenang dan beri maklumat berikut;
    »  Nama dan alamat anda.
    »  Keterangan ringkas kejadian (apa yang terjadi, bila, di mana dan siapa yang terlibat).
    »  Keterangan orang yang disyaki (jantina, bangsa, umur, tinggi, warna rambut, pakaian, perawakan seperti         jambang, misai, parut atau loghat bahasa).
    »  Keterangan kenderaan yang terlibat (warna, model, buatan, tahun, no plet atau ciri-ciri lain seperti stiker,         kemek atau tampalan).
    »  Ke mana orang yang disyaki telah pergi.

ANCAMAN KIMIA

Pelepasan gas, cecair atau pepejal toksik boleh meracuni orang ramai dan alam sekitar. Ia boleh dilepaskan melalui letupan bom, semburan dari kapalterbang, bot atau kenderaan. Ia boleh memberi kesan serta merta atau beberapa jam selepas kejadian, malah mungkin mengambil masa berhari-hari untuk bertindak.
Contoh bahan tersebut adalah;
  Sianida
  Agen Mustard
  Gas Saraf

ANCAMAN BIOLOGICAL

Ia adalah pelepasan kuman atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kita sakit. Ia boleh memasuki badan kita melalui pernafasan, menyerap melalui kulit yang luka dan terdedah atau melalui makanan.
Contoh bahan tersebut adalah;
  Antraks
  Racun Toksid
  Ricin

Tanda-Tanda Ancaman Kimia dan Biologi
  Titisan lapisan berminyak atas permukaan.
  Bilangan orang yang pengsan atau sakit terlalu ramai.
  Bilangan haiwan yang mati atau hampir mati yang banyak.
  Renjisan atau wap cecair yang luarbiasa.
  Bau yang luarbiasa.
  Mangsa menunjukan tanda-tanda mabuk, sukar bernafas, sawan atau hilang kawalan.
  Awan rendah atau kabus yang tidak selari dengan keadaan cuaca.
  Habuk atau debu berwarna.

Ia mungkin sengaja dilepaskan ke arah tempat awam. Apabila berlaku serangan kimia dan biologi;
  Tutup mulut dan hidung dengan kain, pakaian atau alat pelindung pernafasan jika ada.
  Segera jauhi kawasan tersebut (Jauhi arah angin dari tempat kejadian).
  Sekiranya tiada kesempatan untuk meninggalkan kawasan insiden masuk ke dalam bangunan berhampiran, naik     ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik.
  Tutup pintu dan tingkap, matikan sistem pendingin hawa.
  Laporkan segera kepada pihak berkuasa.

Anda mungkin tercemar oleh bahan kimia yang dilepaskan, JANGAN CEMAS.
Tindakan selepas serangan kimia
  Buka semua pakaian anda dan lain-lain barang yang bersentuhan dengan badan anda, elakkan dari menyentuh     mata, hidung dan mulut. Masukkan ke dalam beg plastik.
  Alihkan cermin mata atau kanta sesentuh dan letakkan ke dalam bekas yang berisi bahan pencuci untuk     membersihkannya.
  Bersihkan tangan anda dengan sabun dan air.
  Alirkan air yang banyak pada mata anda.
  Basuh muka dan rambut dengan sabun dan kemudian bilas dengan air bersih.
  Bersihkan lain-lain bahagian tubuh anda dengan menggunakan kain yang dibasahkan dengan air sabun dan bilas     dengan air bersih.
  Salin dengan pakaian yang bersih yang tersimpan dalam laci atau almari tertutup.
  Dapat bantuan perubatan untuk pemeriksaan.

ANCAMAN RADIOLOGI

Ianya mungkin berpunca daripada sejenis bom yang dinamakan "Dirty Bomb". Bom tersebut adalah senjata kecil variasi nuklear yang mengandungi bahan letupan. Ia berupaya untuk meletup dan menaburkan bahan radioaktif di tempat sasaran.
Sekiranya berlaku insiden ini fikirkan perlindungan, jarak dan masa.
  Perlindungan - Jika anda berlindung pada bahan yang tebal, semakin tebal bahan semakin kurang keupayaannya     menyerap radioaktif.
  Jarak - Semakin jauh anda berada dari kawasan kejadian semakin kurang kesan radioaktifnya.
  Masa - Semakin kurang masa anda terdedah kepada bahan tersebut semakin sedikit risikonya.

TINDAKAN ANDA...!

Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kejadian atau kemalangan radiologi?
Sila hubungi kakitangan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk mendapatkan bantuan dan nasihat.

PASUKAN BERTINDAK KECEMASAN
LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM
Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Mukim Dengkil
Daerah Sepang, Selangor, Malaysia.
Tel:603-89267699
Fax:603-89223685