Apabila jumlah hujan yang turun menjadi berkurangan dari yang sepatutnya dalam satu jangkamasa yang lama berlakulah kemarau. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada bekalan air malah boleh menyebabkan penyakit.

SEBELUM BENCANA

Tanda Kejadian
  Hujan semakin berkurangan atau tiada langsung.
  Cuaca semakin panas.
  Debu mula kelihatan.

Persediaan
  Sediakan bekas-bekas air untuk menyimpan bekalan atau stok
  Dapatkan maklumat lanjut dari pihak berkuasa
  Jika anda pesakit Asthma sediakan ubat dan bawa sentiasa

SEMASA BENCANA

  Pakai pakaian yang longgar dan tidak memanaskan
  Minum air yang banyak
  Kerap berehat dan berada di kawasan yang redup
  Jimatkan penggunaan air, jangan membazir
  Beri rawatan pertolongan cemas (Kepanasan melampau akan menjejaskan ramai orang) kepada yang memerlukan
  Jangan kerap bersiar-siar, kurangkan aktiviti rekreasi
  Berjumpa segera dengan doktor jika ada tanda-tanda batuk, selsema atau sakit mata dan tekak
  Jangan biarkan air bertakung, nyamuk mudah membiak dan membawa penyakit
  Jangan melakukan pembakaran terbuka
  Periksa dan pastikan tiada botol-botol kosong, tin atau kaca di kawasan semak yang kering

Jimatkan Air
  Bekalan air akan menjadi masalah utama semasa kemarau
  Jimatkan penggunaan air, jangan gunakan air sebagaimana sebelum kemarau
  Gunakan air untuk perkara-perkara perlu sahaja
  Semasa menggunakan air biarkan lebihan air mengalir ke tanah, ini akan membantu kitaran semula sumber air
  Sekiranya bekalan air dicatu, sediakan tong kosong untuk mendapatkan bekalan air dari pihak berkuasa

BERTINDAK SEMASA KECEMASAN

  Sediakan Peralatan Kecemasan dan letakkan di tempat yang diketahui oleh semua ahli keluarga
  Pastikan mereka tahu untuk menutup suis utama bekalan elektrik dan injap bekalan air dan gas di rumah
  Beritahu kepada anak-anak cara menghubungi pihak berkuasa semasa berlaku kecemasan

PERALATAN KECEMASAN

  Radio kuasa bateri (kecil dan mudahalih), lampu suluh, kasut, baju hujan, wisel, pisau, bateri dan mentol tambahan
  Alat Pertolongan Cemas dab ubat-ubatan penting
  Makanan dalam tin atau paket (sediakan pembuka tin)
  Air minum (air kosong adalah terbaik)
  Duit terutama syiling (untuk telefon)
  Dokumen penting (Sijil Lahir, Polisi Insurans, Kad Pengenalan dan sebagainya) disimpan dalam bekas kalis air