Pengenalan


Kelab Sukan IPPA Jabatan Pertahanan Awam bermula aktif mulai tahun 2007. Kelab sukan IPPA terletak di bawah Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pertahanan Awam (KERAP). Kelab sukan ini ditubuhkan adalah untuk mengatur dan merencanakan segala aktiviti sukan dalaman dan luaran khususnya untuk sukan di Ibupejabat Pertahanan Awam. Selain itu, kelab sukan ini diwujudkan adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan jalinan silaturahim antara staf-staf setiap cawangan dan bahagian di ibupejabat Pertahanan Awam. Dengan tertubuhnya kelab ini dengan segala aktiviti dan program yang dijalankan oleh Kelab Sukan ini diharap Jabatan Pertahanan Awam ini lebih dikenali dan dapat mewujudkan rangkaian dan hubungan kerjasama dengan jabatan-jabatan yang lain.