Soalan Lazim

Apakah tujuan JPAM mengadakan sidang latihan?

Bagi memenuhi fungsi dan tujuan penubuhan JPAM berdasarkan Akta 221 (Semakan 1979) yang menyatakan bahawa di dalam Seksyen 3 (2)

  1. Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam.
  2. Mengajar orang ramai tentang pertahanan awam dan melengkapkan mereka bagi maksud pertahanan awam.

 53,003 total views,  179 views today

Siapakah yang boleh mengikuti latihan Pertahanan Awam?

Latihan Pertahanan Awam adalah terbuka kepada semua warganegera Malaysia

 53,004 total views,  180 views today

Apakah jenis latihan yang disediakan oleh JPAM ?

Latihan yang disediakan merangkumi pelbagai bentuk kemahiran bertujuan memberi pendedahan awalan ketika berlaku sesuatu kecemasan dan bencana.

Antara latihan yang disediakan :-

  1. Ceramah
  2. Latihan seperti LKAMK (Latihan Kesedaran Awam Menghadapi Kecemasan)
  3. Penubuhan Pasukan Sokongan
    • Pra-Sekolah (5-6 tahun)
    • Program Kesedaran Awal (PROKSPA) = Sekolah rendah (7-12 tahun)
    • Kadet Pertahanan Awam (KAPA) = Sekolah menengah (13-17 tahun)
    • Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) = Pra-Universiti/ Institusi Kemahiran (18-20 tahun)
    • Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA) – Institusi Pengajian Tinggi (20-24 tahun)
    • Komuniti/Sektor awam/Swasta/Korporat/Industri (Umur terbuka)

 53,005 total views,  181 views today

Di manakah latihan/ceramah akan diadakan?

Latihan Pertahanan Awam boleh dilaksanakan di Pejabat Awam atau di premis yang bersesuaian dengan jumlah peserta sepertimana yang dicadangkan oleh pemohon bagi memudahkan kehadiran peserta.

 53,006 total views,  182 views today

Apakah pengiktirafan yang diberikan kepada peserta yang menghadiri latihan ini?

Setiap peserta yang memenuhi syarat latihan Pertahanan Awam layak diberikan sijil menghadiri latihan / ceramah / kursus  sebagaimana yang berkaitan. Walau bagaimanapun, peserta dari kelompok Pra-Sekolah dan Sekolah Rendah tidak dibekalkan sebarang sijil.

 53,007 total views,  183 views today

Bagaimana cara memohon latihan Pertahanan Awam seperti yang dihebahkan?

Permohonan mengikut latihan boleh dihantar ke mana-mana Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) atau Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) melalui serahan tangan, pos, faks dan mel elektronik. Sungguhpun demikian, tuan/puan adalah dialu-alukan untuk berbincang dan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Pegawai yang bertugas berhubung latihan yang ditawarkan.

 53,008 total views,  184 views today

HUBUNGI KAMI

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pegawai Perhubungan Awam
Cawangan Perhubungan Awam Dan Dokumentasi,
Jalan Maktab Perguruan Islam, Sungai Merab,
43000 Kajang, Selangor.

No Tel : 03-8920 6000 Samb. 6756/6157
No Fax : 03-8920 6360

 53,002 total views,  178 views today