home
Perkhidmatan Talian Kecemasan 999

Perkhidmatan yang dikenali sebagai Talian Kecemasan 991 telah memulakan perkhidmatan pada 20 Mei 1995 di Kuala Lumpur dan telah mendapat perhatian orang awam di Malaysia.Namun mulai tahun 2007 talian ini telah ditukar kepada Talian 999 yang melibatkan Pertahanan Awam, Polis , Hospital,  dan Bomba.

Sukarelawan Pertahanan Awam

Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah

Menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
Diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
Mempelajari ilmu Pertahanan Awam

Latihan Orang Awam
Untuk menjadikan rakyat Malaysia yang berwibawa, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah menubuhkan satu ruang khas latihan untuk orang awam. Latihan ini bertujuan untuk Menjadikan orang awam di Malaysia mahir dalam segi menyelamat dan peka terhadap bencana yang dihadapi di negara kita.
Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA)

Pasukan Khas Pertahanan Awam Malaysia (PASPA) telah  dilancarkan secara rasmi pada 15 Ogos 2008 oleh Y.B. Senator Dato’ Timbalan Menteri Dalam Negeri yang mewakili Y.B. Dato’ Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar Menteri Dalam Negeri.
Kadet Pertahanan Awam Malaysia (KAPA)
Matlamat penubuhan Pasukan Kadet Pertahanan Awam adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para pelajar melalui pelbagai aktiviti kesukarelaan bertujuan memantapkan semangat patriotik, meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Siswa-siswi Pertahanan Awam (SISPA)
Penubuhan kursus badan beruniform di Universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk meperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Kursus pasukan beruniform ini dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air. 
Civil Defence Emergency Respond Team (CDERT)

Civil Defence Emergency Respond Team (CDERT) ditubuhkan pada 16 Mac 2006 berdasarkan kepada Arahan Jabatan Bil. 1 tahun 2006 di mana semua Pejabat Awam Negeri dan Daerah telah diarah melaksanakan Penubuhan pasukan CDERT di agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Berkanun.
Talian 999

Sebanyak 3 buah Pusat Panggilan MERS 999 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2008 dan akan diperluaskan ke Seluruh Malaysia berjumlah 23 Pusat Panggilan MERS 999 .Memandangkan perkhidmatan 999 ini adalah percuma , maka talian ini juga tidak terlepas dari panggilan palsu dan juga talian main-main seperti yang dialami oleh agensi penyelamat yang lain. Berdasarkan laporan terdapat sebanyak 32,707 panggilan telah diterima dan panggilan benar sebanyak 27,008 manakala selebihnya panggilan palsu, main-main dan kesilapan teknikal.

<<back
 
© 2009 Hakcipta Terpelihara JPAM