Latihan Orang Awam

Latihan Orang Awam

Untuk menjadikan rakyat Malaysia yang berwibawa, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah menubuhkan satu ruang khas latihan untuk orang awam. Latihan ini bertujuan untuk Menjadikan orang awam di Malaysia mahir dalam segi menyelamat dan peka terhadap bencana yang dihadapi di negara kita.

  • Memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam Malaysia.
  • Memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya.
  • Usaha promosi untuk menarik orang awam menganggotai pertahanan awam Malaysia

 

Jenis Latihan

Latihan orang awam sehari ( 8 jam )

  • Latihan ringkas dan padat dalam subjek menyelamat kecemasan, CPR, rawatan kecemasandan melawan kebakaran kecil dalam masa 1 hari

Latihan mengikut mata pelajaran

  • Latihan pilihan mengikut kesesuaian dan keperluan organisasi sama ada dalam subjek menyelamat atau pertolongan cemas atau melawan kebakaran

 

Sesiapapun Boleh Memohon

1. Kakitangan kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta, Industri/Kilang dan Bekerja sendiri

2. Penubuhan bukan kerajaan ( NGO ), Penubuhan Siasah Dan Persatuan Penduduk Taman Perumahan atau Kampung .

  • Latihan boleh dibuat di mana sahaja mengikut kesesuaian dan persetujuan bersama pemohon dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  • Semua pertanyaan dan Permohonan hendaklah dikemukakan ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang berhampiran

 

Laporan Latihan Orang Awam

Permohonan boleh di buat secara on-line melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL) yang terdapat di muka hadapan laman web Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

 

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

Lt. (PA) Aji Azri Bin Mustari
Bahagian Pengurusan Latihan
Ibu Pejabat,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Padang Tembak
50556 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-26871456
No Fax : 03-26944509
Email : ajiazri@civildefence.gov.my

Print Friendly
Bahasa: