Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA)

Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA)

Penubuhan Pispa sebagai landasan kepada jabatan untuk melahirkan anggota yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Objektif

  • Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu Pertahanan Awam.
  • Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu Pertahanan Awam yang diterapkan dan diaplikasikan di peringkat Institusi Pendidikan.
  • Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai Pegawai Pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas.
  • Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat setia dan cintakan negara serta semangat patriotisme.

Keanggotaan Pispa

Syarat-syarat menjadi Pispa

Pendaftaran untuk menyertai Pispa adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  2. Pelajar-pelajar yang berdaftar secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan
  • Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan);
  1. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SPM dan setaraf;
  2. Tidak menyertai mana-mana badan beruniform yang lain;
  3. Mendaftar sebagai anggota sukarela Pertahanan Awam; dan
  4. Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Bayaran Elaun

Anggota Pispa yang telah sah keanggotaannya layak menerima elaun jika mengikuti latihan dan aktiviti yang dianjurkan oleh APM. Ini tidak termasuk latihan dan aktiviti dalam kurikulum Pispa Institusi Pendidikan berkenaan.

Pegawai dan jurulatih pasukan adalah layak menerima elaun mengikut pangkat yang disandang sepertimana kadar yang ditetapkan dan diterima pakai oleh pihak APM kecuali Pegawai Bersekutu.

Perkhidmatan jurulatih dan pembantu jurulatih APM yang mengajar aktiviti Pispa boleh dibayar oleh pihak Institusi Pendidikan berkenaan mengikut kadar pekeliling perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

Sukatan Latihan

Pihak Pengurusan Institusi Pendidkan adalah digalakkan untuk mengadakan kursus kokurikulum Pispa selama 5 semester. Bagi memenuhi keperluan silibus serta memahirkan mereka dari segi kemahiran, latihan luar/ medan akan diadakan setiap semester.

Anggota Pispa akan mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam selama 5 semester.

Sijil asas akan diberikan oleh APM kepada pelajar yang menamatkan semester 1 dengan jayanya.

Anggota Pispa didedahkan dengan pelajaran Pertahanan Awam yang merangkumi semua silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Pengurusan Pusat Pemindahan, Medik dan Melawan Kebakaran.

Pada semester kelima iaitu semester terakhir mereka akan mendapat Sijil Tamat Pispa dan boleh meneruskan untuk menjadi anggota APM dengan melapor diri di Pejabat Daerah Pertahanan Awam yang telah ditetapkan.

Anggota Pispa akan ditauliahkan dengan Pegawai Sukarela Gred 13.

Hubungi Kami

Mej. (PA) Syed Azam Shah bin Syed Baharom
Cawangan Kurikulum dan Pasukan Sokongan
Bahagian Pengurusan Latihan,
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
No Tel : 03-8920 6016/6017/6020
No Fax : 03-8920 6360
Email : info_bpl@civildefence.gov.my

 70,082 total views,  110 views today