home
Piagam Pelanggan JPAM

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan dalam bidang pengurusan bencana dan kecemasan dengan cekap dan professional seperti berikut :

Menubuh dan melengkapkan pasukan-pasukan pertahanan awam dengan ilmu dan kemahiran asas dan lanjutan mengenai pengurusan kecemasan dan bencana
Menggerakkan pasukan penyelamat Pertahanan Awam dalam tempoh 3 minit dari masa menerima panggilan dan tiba ke tempat kecemasan dan bencana dalam tempoh kurang 30 minit ( bagi jarak dalam lingkungan 25 KM )
Menyelamat dan memberi bantuan kepada mangsa kecemasan dan bencana dengan cekap dan berkesan mengikut prosedur menyelamat dan protocol yang telah ditetapkan.
Melatih dan memberi pengetahuan berkaitan Pertahanan Awam kepada sekurang-kurangnya 
20 000 orang awam setahun yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang professional.
Menyebarkan maklumat dan memberi amaran awal mengenai sesuatu bencana kepada orang ramai bagi tujuan persediaan menyelamat dan mengelakkan kemalangan serta kemusnahan harta benda.
Memberi khidmat kemanusiaan dan rawatan kecemasan di pusat-pusat pemindahan.
Melaksanakan kerja-kerja pemulihan bersama agensi-agensi lain selepas bencana


<<back
 
© 2009 Hakcipta Terpelihara JPAM