Bahagian Kewangan, Perolehan & Pembangunan

Aliran peruntukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia diuruskan oleh Bahagian Kewangan, Perolehan dan Pembangunan. Bahagian ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tugas-tugas berkaitan dengan kewangan, belanjawan, perolehan dan projek-projek pembangunan jabatan supaya ianya dapat diuruskan dengan lancer dan berkesan.

Objektif

  • Objektif utama bahagian ini adalah mendapatkan peruntukan perbelanjaan di bawah Anggaran Belanja Mengurus(ABM) dan Belanja Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) yang diperlukan oleh jabatan dan seterusnya .
  • mengagihkan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengikut keperluan masing-masing, melaksanakan proses perolehan.
  • Jabatan dan memantau, menguruskan kewangan Jabatan dan Memandu perlaksanaan projek-projek Jabatan.

Fungsi

Untuk memastikan keberkesanan pengurusan dan kawalan kewangan jabatan, bahagian ini dibahagikan kepada 4 seksyen iaitu:

1. Seksyen Belanjawan

  • Mengurus dan menyedia cadangan bajet tahunan Jabatan bagi perbelanjaan Mengurus.
  • Menyedia agihan dan mengeluarkan waran peruntukan kepada semua pusat Tanggungjawab. (PTJ)
  • Memperoses permohonan peruntukan tambahan dari PTJ.
  • Menyediakan Permohonan Vireman kepada bahagian kewangan, KKDN.
  • Memproses Waran Perjalanan Udara/Darat Jabatan.
  • Memproses Permohonan Kakitangan Untuk skim pinjaman kerajaan bagi pembelian kenderaan dan computer.
  • Mengurus hal-hal pentadbiran bahagian.

2. Seksyen Akaun

  • Bertangungjawab memantau perbelanjaan Jabatan berdasarkan prosedur kewangan.
  • Memproses waran peruntukan Jabatan.
  • Menyelia dan mengawal Peruntukan semasa Jabatan dan PTJ dengan laporan penyata Perbelanjaan Mengurus Bulanan dan penyata Penyesuaian Bulanan.
  • Memproses pembayaran baucer bagi semua perbelanjaan Jabatan.
  • Mengurus pelarasan gaji / elaun memangku / tanggungkerja kakitangan.
  • Melaksanakan naziran dan penyemakan mengejut ke atas PTJ dan menyediakan jawapan bagi teguran audit.
  • Menyemak dan memproses permohonan pendahuluan diri, tuntutan perbelanjaan dan elaun lebih masa.
  • Memproses permohonan Panjar Wang Runcit.
  • Mengurus dan memastikankeberkesanan sisten eSPKB.
  • Urusetia bagi Mensyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).

2. Seksyen Perolehan

  • Bertanggungjawab memantau perolehan Jabatan mengikut tatacara perolehan dan prosedur kewangan.
  • Memproses permohonan bekalan / Perkhidmatan Jabatan.
  • Memproses dan mengemaskini pendaftaran syarikat pembekal.
  • Mengurus dan memastikan keberkesanan system ePerolehan.

2. Seksyen Pembangunan

  • Bertanggungjawab memantau peruntukan Jabatan bagi Projek pembangunan.
  • Menyediakan laporan prestasi perlaksanaan projek pembangunan kepada Bahagian Kewangan KKDN.
  • Mengurus dan menyediakan perlaksanaan projek pembangunan Jabatan.
  • Mengurus perolehan tanah untuk pejabat-pejabat negeri, daerah dan pusat latihan Pertahanan Awammelalui permohonan pengambilan balik tanah, permohonan tanah dan pembelian tanah.
  • Mengurus hal-hal berkaitan pampas an dan premium tanah.
  • Mengurus, mengemaskini dan memastikan keberkesanan system pemantauan Projek ll.
  • Mengkaji dan membuat penilaian ke atas tuntutan bayaran oleh kontraktor atau pemaju projek.

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

Puan Nor Asma Binti Abdul Rahman
Pengarah
Bahagian Kewangan, Perolehan dan Pembangunan,
Ibu Pejabat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
50556 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-26871314
No Fax : 03-26915764
Email : norasma@civildefence.gov.my

Print Friendly
Bahasa: