Bahagian Khidmat Pengurusan

Misi

Menyedia dan memberikan Perkhidmatan Sokongan yang terbaik kepada seluruh warga JPAM dan bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator untuk berfungsi dengan cekap dan efektif.

Visi

Menjadikan Bahagian Khidmat Pengurusan lebih komited, proaktif dan peka kepada setiap perubahan yang berlaku di persekitaran yang memerlukan tindakan segera dan efisien.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan sokongan dan menjadi pemudah cara atau fasilitator kepada Pusat Latihan / Negeri / Daerah / Bahagian-bahagian di JPAM.
  • Memastikan segala bentuk Perkhidmatan Sokongan yang diberi atau disalurkan telah / akan digunakan oleh Pusat Latihan / Negeri / Daerah / Bahagian-bahagian di JPAM secara optimum mengikut garis panduan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan; dan
  • Memastikan segala aspek keselamatan yang merangkumi seluruh warga JPAM, dokumen / maklumat, bangunan dan harta-benda (peribadi dan Kerajaan) sentiasa terpelihara dan terjamin.

Fungsi

  • Memberi perkhidmatan sokongan dan memudahcara Pusat Latihan, Negeri, Daerah dan Bahagian-bahagian di dalam JPAM.
  • Memberi perkhidmatan keurusetiaan dan penyelarasan kepada Pusat Latihan, Negeri, Daerah dan Bahagian-bahagian di dalam JPAM.
  • Memberi perkhidmatan kemudahan dengan mengurus serta menyelenggara untuk kegunaan warga JPAM.
  • Memberi perkhidmatan perhubungan awam untuk penyampaian maklumat yang tepat dan jelas, meningkatkan pengetahuan orang ramai akan tugas dan tanggungjawab JPAM dan penjelasan mengenai sebarang kemusykilan mengenai dasar dan peraturan yang dilaksanakan oleh JPAM; dan
  • Memberi perkhidmatan keselamatan fizikal serta keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi Pusat Latihan, Negeri, Daerah dan Bahagian-bahagian di dalam JPAM.

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

Tuan Mohamaddiah Bin Haji Othman
Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Ibu Pejabat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
50556 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-26871365
No Fax : 03-26949066
Email : mohamaddiah@civildefence.gov.my

Cawangan Perhubungan Awam

Objektif

  • Sentiasa mencari maklumat-maklumat yang penting dan terkini di dalam menyalurkan informasi kepada setiap kakitangan bagi memudahkan urusan perjalanan jabatan.
  • Memperkenalkan dan memberi penerangan serta pendedahan yang berkesan tentang fungsi dan kepentingan jabatan kepada masyarakat awam dan agensi luar, baik dari segi kerajaan mahupun swasta.
  • Memastikan dan sentiasa mempertingkatkan imej Jabatan dari masa ke semasa bagi mendapat respon dan tanggapan yang baik dari masyarakat awam.
  • Sentiasa menjalin hubungan yang baik dia antara sesama agensi sama ada dari agensi kerajaan mahupun swasta serta pihak media supaya melaksanakan tugas masing-masing dengan cekap dan berkesan.

Fungsi

  • Menjadi jurucakap jabatan dan perantaraan dengan wakil media massa dan agensi luar yang lain.
  • Mengawal dan memantau laporan dan liputan media, keratan akhbar, aduan awam dan laporan analisis yang berkaitan dengan Jabatan.
  • Mengurus, menyelia dan mengatur usaha publisiti/promosi dan progam khas Jabatan.
  • Membuat liputan dalaman acara-acara rasmi Jabatan.
  • Mengurus, mengeluar dan menyelia semua bentuk penerbitan jabatan.
  • Penerbitan Bercetak
  • Buletin Berita Pertahanan Awam
  • Pamplet Kenali Pertahanan Awam
  • Pamplet Maklumat Dan Borang
  • Permohonan File Folder
  • Buku Laporan Tahunan Jabatan
  • Poster/Banner
  • Buku Program Majlis Rasmi Jabatan
  • Penerbitan Audio Visual
  • CD Dan VCD Mengenai Penglibatan Jabatan
  • Progam Khas Media Elektronik
Print Friendly, PDF & Email
Bahasa: