Bahagian Pengurusan Bencana Operasi

Bahagian Pengurusan Bencana Operasi telah diwujudkan, bertujuan untuk memudahkan lagi pengurusan operasi menyelamat ketika berlakunya bencana sama ada bencana kecil mahupun besar. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan ” Rescue 999 ” seluruh Malaysia.

Misi

Menjadikan Bahagian Bencana Operasi sebagai bahagian utama yang menerajui pengurusan bencana dan operasi serta berperanan penting dalam melaksanakan “core business”  Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Visi

Mewujudkan satu sistem pengurusan  yang lebih efisien  dalam menangani Hal Ehwal Pengurusan Bencana dan Operasi meliputi Pasukan PASPA, MERS 999,  Pengurusan Operasi, Pengurusan Bencana,  Pengurusan Paramedik, Penyelamat Pantai ( Baywatch), Khidmat Kemanusiaan, Sistem Amaran Bencana dan Pasukan Gerak Pantas 999 demi menjadikan memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

Objektif

  • Mengambil langkah-langkah proaktif dan melaksanakan perkhidmatan MERS 999 dengan cekap, sistematik dan berkesan.
  • Menguruskan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) yang terlatih, cekap dan berdisiplin.
  • Merancang, melaksanakan dan menyelaras aktiviti khidmat kemanusiaan untuk memantapkan perkhidmatan organisasi.
  • Menyelaras perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
  • Bekerjasama dalam semua pihak di dalam melaksanakan tugas-tugas Pertahanan Awam.

Fungsi

  • Melaksanakan dan menyelaras Dasar Pertahanan Awam selaras dengan kehendak semasa.
  • Menguruskan, melengkapi dan melatih Pasukan Khas Pertahanan  Awam (PASPA).
  • Melaksanakan Khidmat Kecemasan MERS 999 yang cekap, berkesan dan mesra rakyat melalui talian 999 di seluruh negara.
  • Mendidik dan melatih orang awam dengan ilmu pengetahuan Pertahanan Awam.
  • Menyelamat mangsa dan harta benda semasa sebelum, semasa dan selepas bencana.
  • Menyelaras Eksesais dan latihan bersama agensi-agensi luar.

Piagam Pelanggan

  1. Mengambil langkah-langkah proaktif dan melaksanakan perkhidmatan MERS 999 dengan  cekap, sistematik dan berkesan.
  2. Menguruskan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) yang terlatih, cekap dan berdisiplin.
  3. Merancang, melaksanakan dan menyelaras aktiviti khidmat kemanusiaan untuk memantapkan perkhidmatan organisasi.
  4. Menyelaras perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
  5. Bekerjasama dalam semua pihak di dalam melaksanakan tugas-tugas Pertahanan Awam.
  6. Kami sentiasa komited melaksanakan dan merencanakan silibus yang terkini dalam Pengurusan Bencana dan Operasi berdasarkan perkembangan teknologi moden bagi memantapkan lagi pengurusan organisasi, latihan, dan kemahiran seluruh Warga Angkatan Pertahanan Awam.
  7. Pengendalian dan pengurusan Pusat panggilan MERS 999 yang efisien dan bertekad untuk memastikan Pasukan Pertahanan Awam sampai untuk memberikan perkhidmatan tempat kejadian bencana atau kemalangan dengan serta merta daripada 10 hingga 15 minit dalam lingkungan 10 km pejabat JPAM.
  8. Menyedia, mengurus dan menyenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan   Keselamatan.
  9. Eksesais dan latihan bersama agensi-agensi penyelamat yang lain akan diuruskan dan dikoordinasikan secara efektif agar kemahiran-kemahiran yang digabungkan dapat diimplimentasikan secara bersama.
  10. Pengurusan anggota yang akan diselia dan dikemaskinikan supaya angkatan boleh dimobilisasikan dalam apa jua keadaan apabila diperlukan.

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

Kol. (PA) Mohd Yusoff Bin Samad
Pengarah
Bahagian Bencana dan Operasi,
Ibu Pejabat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
50556 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-26871460
No Fax : 03-26925205
Email : mohdyusoff@civildefence.gov.my

Print Friendly
Bahasa: