Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ( BPSM ) bagi sesebuah organisasi amat penting di dalam melahirkan modal insan yang berpengetahuan, mahir dan kompeten di dalam melaksanakan tugas dan fungsi organisasi berkenaan.

Misi

Melaksanakan Program Pembangunan Pengurusan Sumber Manusia yang terancang dengan cekap dan berkesan.

Visi

Melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran, berintegriti, berdaya saing dan professional.

Objektif

  • Merancang keperluan sumber manusia selaras dengan misi Jabatan.
  • Menguruskan perkhidmatan sumber manusia dengan cekap dan berkesan.
  • Merancang dan melaksanakan program sumber manusia melalui latihan dan kemajuan kerjaya.
  • Meningkatkan kompetensi sumber manusia melalui peperiksaan.
  • Memastikan sumber manusia yang berintegriti, berdisiplin dan bermotivasi.

Fungsi

  • Mengurus dan mengemaskini perancangan sumber manusia berkaitan perjawatan dan pengisian kekosongan jawatan.
  • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan segala urusan perkhidmatan sumber manusia.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan peperiksaan Jabatan mengikut sukatan&nbsp peperiksaan yang ditetapkan.
  • Mengurus pemangkuan, kenaikan pangkat, penilaian prestasi dan tatatertib terhadap warga Jabatan.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program latihan dan kursus bagi kakitangan Jabatan.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan khidmat sokongan dalam pengurusan sumber manusia dengan cekap dan berkesan seperti berikut :

  1. Memastikan pengisian kekosongan jawatan di bawah perwakilan kuasa dilaksanakan dalam tempoh enam (6)bulan dari tarikh permohonan diterima.
  2. Memastikan permohonan pengisian jawatan gunasama / kader diuruskan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemakluman kekosongan jawatan.
  3. Memastikan perakuan pelanjutan tempoh percubaan dikemukakan kepada Pihak Kuasa Melulus dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tamat tempoh percubaan.
  4. Memastikan urusan persaraan wajib seseorang pegawai / kakitangan di ambil dalam tempoh enam (6) bulan sebelum persaraan manakala persaraan pilihan sendiri juga dalam tempoh enam (6)bulan dari tarikh terima permohonan.
  5. Memastikan urusan kenaikan pangkat / pemangkuan untuk pegawai kumpulan sokongan Perkhidmatan Tertutup disempurnakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kekosongan jawatan.
  6. Memastikan urusan kenaikan pangkat bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan Gunasama dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  7. Memastikan tindakan tatatertib di bawah bidang kuasa Jabatan diambil dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh aduan bertulis diterima.

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

Tuan Azmal Azri Bin Abdul Aziz
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Ibu Pejabat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
50556 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-26871343
No Fax : 03-26938262
Email : azmalazri@civildefence.gov.my

Print Friendly, PDF & Email
Bahasa: