Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan

Misi

Meningkatkan keberkesanan organisasi demi kecemerlangan penyampaian perkhidmatan Pertahanan Awam.

Visi

Menjadi pusat rujukan utama dalam penyelidikan, perancangan dan pembangunan strategik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Objektif

  • Memastikan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tetap relevan, unggul dan penting dalam memelihara  keselamatan awam dan harta benda mereka.
  • Meningkatkan kualiti modal insan dan pembangunan strategik  organisasi melalui usaha-usaha penyelidikan dan perancangan yang berkesan.
  • Memastikan dasar-dasar Pertahanan Awam memenuhi piawaian dan matlamat Jabatan.

Fungsi

  1. Menyediakan minit mesyuarat utama Jabatan yang diurusetiakan oleh   bahagian dalam tempoh satu (1) minggu.
  2. Mengeluarkan hasil penyelidikan dan perancangan yang berkualiti serta memenuhi
    kehendak stakeholders/pelanggan dalam tempoh seperti berikut:

    • Kajian empirikal : enam bulan.
    • Kajian konsep : dua bulan.
    • Tempoh kajian yang melibatkan pihak perunding bergantung kepada tempoh dalam terma kontrak.
  3. Menyediakan apa-apa kertas cadangan, kertas laporan, minit ceraian,    Memorandum dan Nota Jemaah Menteri dalam tempoh satu (1) bulan.
  4. Menyelaras dan menyediakan laporan Mesyuarat Perancangan Strategik dan Mesyuarat Kajian Semula Perancangan Strategik dalam tempoh 30 hari bekerja.
  5. Merancang dan mengenalpasti prospek kerjasama serta mengadakan jalinan hubungan antara Jabatan dengan organisasi luar negara secara berterusan.

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

PPj. (PA) Hj. Norhafifi B. Hj. Ismail
Pengarah
Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan,
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,
50556 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-26871399
No Fax : 03-26944509
Email : hafifi@civildefence.gov.my

Print Friendly
Bahasa: