Cawangan Teknologi Maklumat

Bahagian Teknologi Maklumat yang baru, telah diisi sepenuhnya dengan menggunakan perjawatan yang baru diluluskan oleh agensi pusat di dalam penyusunan semula struktur organisasi Jabatan keseluruhannya. Sebelum perjawatan yang baru ditempatkan, Bahagian Teknologi Maklumat telah ditubuhkan secara ‘ad-hoc’ dengan menggunakan perjawatan yang sedia ada sementara menunggu perjawatan yang baru diluluskan. Dengan pengisian perjawatan yang baru ini, diharapkan agar dapat membantu pihak pengurusan untuk memberi perkhidmatan sokongan yang sebaik mungkin untuk ‘core business’ Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Misi

Memantapkan persekitaran ICT untuk merealisasikan potensi keupayaan pengurusan krisis dan bencana.

Visi

ICT sebagai pemboleh daya (enabler) pengukuhan keupayaan dan kredibiliti Pertahanan Awam.

Objektif

Mempertingkatkan kecekapan pengurusan melalui perkhidmatan ICT yang berkualiti dan berkesan, serta menerapkan budaya penggunaan ICT di kalangan kakitangannya bagi menyokong pencapaian Objektif dan Visi jabatan.

Fungsi

  • Mengkaji, merancang dan melaksanakan pelan strategik ICT jabatan, merangkumi perancangan ICT bersepadu bagi  semua bahagian di dalamnya.
  • Mengkaji, menyelaras dan mempertingkatkan sistem serta perisian bagi menyokong ‘core business’ dan pengurusan jabatan.
  • Memastikan perlaksanaan inisiatif ICT di jabatan dan bahagian-bahagian di bawahnya mengikut perancangan induk ICT,  dasar, garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Merancang, mengurus dan menyediakan kemudahan ICT dengan cara melengkapkan keperluan perkakasan dan perisian ICT untuk memenuhi keperluan jabatan.
  • Melaksana dan menyelenggara keselamatan ICT seperti yang ditetapkan oleh MAMPU dalam rangka dasar keselamatan ICT Pekeliling Am Bil. 3/2000.
  • Merancang, melaksana latihan dan membentuk kakitangan jabatan yang celik dan mahir tentang IT.
  • Membantu dan memberi khidmat nasihat serta perundingan berkaitan pengunaan ICT kepada semua kakitangan jabatan.
  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Induk Teknikal ICT serta lain-lain Jawatankuasa Projek ICT JPM.
  • Menjadi urusetia kepada jawatankuasa pemandu ICT (JPICT) JPAM.
  • Menyelaras, menyokong dan membantu pengguna dalam perlaksanaan sistem dan perisian di bawah Projek Kerajaan Elektronik (EG) seperti e-SPKB, e-Perolehan, GFMAS, HRMIS dan sebagainya.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan sokongan dalam bidang Teknologi Maklumat dengan cekap, berkesan dan profesional seperti berikut :-

  1. Mengambil tindakan aduan ICT dalam tempoh 24 jam di semua pejabat
  2. Membangunkan sistem aplikasi baru dalam masa 6 bulan mengikut keperluan pengguna dan kesesuaian sistem.
  3. Mengurus penilaian teknikal perolehan peralatan ICT dalam tempoh tidak melebihi 1 bulan bagi proses sebut harga.
  4. Mengurus permohonan kelulusan peralatan ICT ke MAMPU dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa pemandu ICT (JPICT) JPM.
  5. Memastikan laman portal JPAM sentiasa dikemaskini setiap hari.
  6. Menghadiri program teknologi updated dari masa ke semasa.
  7. Menyediakan khidmat nasihat ICT dalam masa 1 minggu dari permintaan diterima.
  8. Memastikan perkhidmatan ICT JPAM sentiasa beroperasi dengan baik sekurang-kurangnya 90% uptime.
  9. Merancang, melaksanakan dan menyelenggara prasarana dan sistem Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) setiap 6 bulan sekali.
  10. Mengurus, memantau dan melaksanakan projek ICT kerajaan seperti Rangkaian 1Gov.Net, Aplikasi EG, Gerbang SMS (15888) dan sebagainya.

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

Tuan Muhammad Nasri bin Mohd Amin
Pegawai Teknologi Maklumat
Cawangan Teknologi Maklumat,
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,
50556 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-26871421
No Fax : 03-26943448
Email : nasri@civildefence.gov.my

Print Friendly, PDF & Email
Bahasa: