Misi Visi Dan Objektif

Takrif Pertahanan Awam

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Visi, Misi Dan Moto

VISI
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana.

MISI
Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.

MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

Objektif

Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:

  1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
  2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
  3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.

Memberi respond kepada bencana dengan cara:

  1. Menubuhkan pasukan (First Responder).
  2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan.

Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:

  1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
  2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
  3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.

Teras Strategik

  1. Pemantapan dasar pertahanan awam negara dan perundangan
  2. Keutuhan rakyat dan kesejahteraan negara
  3. Pemerkasaan angkatan
  4. Pemantapan penyampaian perkhidmatan

Nilai & Teras

  1. Integriti
  2. Komitmen
  3. Kualiti
  4. Inovasi Dan Kreativiti
  5. Profesionalisme
  6. Semangat Kekitaan dan Sepunya
  7. Keterbukaan
  8. Kebolehpercayaan
Print Friendly, PDF & Email
Bahasa: