Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah :-
   i.     menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
   ii.    diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
   iii.   mempelajari ilmu Pertahanan Awam



Objektif/Fungsi Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-
   i.     tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau           selepas peperangan/aman.
   ii.    melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat
   iii.   membantu tugas-tugas 991 yang diwujudkan pada 20 Mei 1995 yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah           kurang.



   i.     Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
   ii.    Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
   iii.   Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
   iv.   Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
   v.    Berminat menjalankan tugas secara sukarela.



   i.     Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
   ii.    Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
   iii.   Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
   iv.   Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
   v.    Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
   vi.   Belajar tatacara berpakaian seragam
   vii.  Dapat belajar seni mempertahankan diri
   viii. Dapat belajar membaca peta dan kompas
   ix.   Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
   x.    Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
   xi.   Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
   xii.  Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
   xiii. Dapat belajar asas kebombaan
   xiv. Dapat belajar asas menyelamat
   xv.  Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku



   i.     Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
   ii.    Mendapat elaun berkhidmat
   iii.   Mendapat Uniform percuma
   iv.   Menerima bounti (Saguhati) tahunan
   v.    Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam terdapat di           seluruh Malaysia



   i.     Mencungkil dan memupuk semangat kepimpinan
   ii.    Dapat belajar berkawad dengan betul
   iii.   Dapat bergaul dengan berbagai peringkat. Contoh seperti apabila terlibat dengan operasi banjir Jabatan terlibat seperti           Polis, Tentera, Bomba dan sebagainya.



Permohonan boleh di buat secara on-line melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL) yang terdapat di muka hadapan laman web Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.