KAWASAN BERISIKO

  Kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh.
  Cerun atau saliran air.
  Potongan atau tambakan.
  Lereng bukit yang sedang dibangunkan.

SEBELUM KEJADIAN

Tanda - Tanda Tanah Runtuh
  Pancuran atau resapan di kawasan tanah.
  Kesan bonggolan atau rekahan tanah.
  Tanah berganjak.
  Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket.
  Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang.
  Kerosakan paip air, gas atau pembentung bawah tanah.
  Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong.
  Jajaran barisan pagar berubah.
  Jalan mendap
  Pintu atau tingkap sukar ditutup.

Persediaan
  Dapatkan maklumat tentang kawasan runtuh.
  Tanam tumbuhan tutup bumi pada cerun.
  Bina tembok penahan atau buat saliran air

SEMASA KEJADIAN

  Hubungi segera pihak berkuasa.
  Beri amaran kepada keluarga dan jiran anda.
  Berpindah segera apabila keadaan menjadi bahaya atau apabila diarahkan pihak berkuasa.

Di dalam rumah
  Duduk diam di dalam bangunan.
  Berlindung di bawah meja, kerusi atau perabot yang kukuh.

Di luar rumah
  Jauhi laluan dan kawasan tanah runtuh.
  Lari ke arah tanah tinggi yang jauh dari bahaya.
  Jika ternampak aliran air, tanah, batu dan tumbuhan segera berlindung di sebalik rimbunan pokok.
  Jika tiada pilihan segeralah peluk tubuh anda, membongkok seperti bola, lindungi kepala, duduk dan bersedia     menghadapi sebarang keadaan.

SELEPAS KEJADIAN

  Jauhi kawasan runtuhan.
  Periksa keadaan keluarga dan jiran anda, beri rawatan pertolongan cemas jika ada yang tercedera atau sakit.
  Beri bantuan kepada jiran dan golongan kurang upaya.
  Dengar pengumuman radio.
  Awas banjir boleh berlaku selepas tanah runtuh.
  Periksa tapak rumah dan tanah dipersekitaran anda.
  Laporkan sebarang kerosakan kemudahan awam.
  Dapatkan nasihat pakar untuk membangunkan semula rumah atau bangunan di tapak yang sama.