KENYATAAN SEBUTHARGA
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI


   1. Pembekal yang berpengalaman/berkeupayaan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang/taraf yang berkaitan adalah dipelawa mengemukakan tawaran sebutharga bagi pembekalan/perkhidmatan/kerja seperti berikut:

No. sebutharga Perkara Bidang Pendaftaran Taraf Tender Lawatan kerja Tarikh Tutup Sebutharga
PA.CKW 54/2008 Membekal dan menghantar Mesin Penebuk Baucer 020201/020299 Terbuka Tiada Tarikh : 24/11/2008
Masa : 12.00 tgh
Tempat :
Cawangan Kewangan Perolehan & Pembangunan, Aras 1, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jalan Padang Tembak, 50556 Kuala Lumpur
PA.CKW 55/2008 Membekal dan menghantar komputer meja
(30 unit) dan printer warna (10 unit)
210101 Terbuka Tiada Tarikh : 24/11/2008
Masa : 12.00 tgh
Tempat :
Cawangan Kewangan Perolehan & Pembangunan, Aras 1, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jalan Padang Tembak, 50556 Kuala Lumpur
PA.CKW 56/2008 Membekal dan Menghantar chain saw 030200/030299 Terbuka tiada Tarikh : 24/11/2008
Masa : 12.00 tgh
Tempat :
Cawangan Kewangan Perolehan & Pembangunan, Aras 1, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jalan Padang Tembak, 50556 Kuala Lumpur

   2.  Dokumen sebutharga boleh diperolehi mulai hari Khamis, 13 November 2008 dari jam 8.30 pagi - 1.00 petang, 2.15 petang - 4.45 petang (Isnin - khamis), 8.15 pagi - 12.00 tengahari, 3.00 petang - 4.45 petang (Jumaat) hingga 24 November 2008.

   3.  Tuan-tuan/puan-puan adalah dikehendaki melampirkan Salinan Sijil (fotostat) dan menunjukkan Sijil Asal Akuan Pendaftaran kontraktor dalam bidang berkaitan dan/atau Sijil Pendaftaran Kontraktor bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan untuk sebutharga berkenaan.

   4.  Tawaran harga hendaklah mengambil kiraan fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi pesanan kerajaan yang melebihi RM1.2 juta. Fi yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi pendaftaran pembekal di dalam sistem ePerolehan.

   5.  Sila hubungi Urusetia Jabatan di 03-26871331 (Puan Siti Ramlah) untuk maklumat lanjut. Tawaran sebutharga ini akan ditutup pada hari isnin, 24 November 2008 jam 12.00 tengahari.