Latihan Orang Awam

Latihan Orang Awam

Untuk menjadikan rakyat Malaysia yang berwibawa, Angkatan Pertahanan Awam Malaysian (APM) telah menubuhkan satu ruang khas latihan untuk orang awam. Latihan ini bertujuan untuk menjadikan orang awam di Malaysia mahir dari segi menyelamat dan peka terhadap bencana yang dihadapi di negara kita.

  • Memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai APM
  • Memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindak balas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya.
  • Usaha promosi untuk menarik orang awam menganggotai APM

Jenis Latihan

Latihan orang awam sehari ( 8 jam )

  • Latihan ringkas dan padat dalam subjek menyelamat kecemasan, CPR, rawatan kecemasan dan melawan kebakaran kecil dalam masa 1 hari

Latihan mengikut mata pelajaran

  • Latihan pilihan mengikut kesesuaian dan keperluan organisasi sama ada dalam subjek menyelamat atau pertolongan cemas atau melawan kebakaran

Latihan orang awam diberikan secara berkumpulan kepada :

  1. Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta, Industri/Kilang dan Komuniti
  2. Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Siasah dan Persatuan Penduduk, Taman Perumahan atau Kampung.
  • Latihan boleh dibuat di mana sahaja mengikut kesesuaian dan persetujuan bersama pemohon dan APM
  • Sebarang permohonan latihan boleh dibuat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) atau Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) berhampiran. Senarai PDPA dan PNPA boleh dirujuk di paparan laman web ini

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan lanjut, sila Hubungi :

Bahagian Pengurusan Latihan
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

No Tel : 03-8920 6016/6017/6020
No Fax : 03-8920 6360
Email : info_bpl@civildefence.gov.my

 46,939 total views,  55 views today