Pindaan Akta Pertahanan Awam 1951

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

JABATAN PERDANA MENTERI

SERANTA AWAM DALAM TALIAN BAGI CADANGAN PINDAAN AKTA PERTAHANAN AWAM 1951 (AKTA 221)

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang meminda Akta Pertahanan Awam 1951 atau Akta 221 bagi diberi penambahbaikan selaras dengan situasi dan perkembangan semasa. Pindaan yang dicadangkan memerlukan maklumbalas daripada mana-mana pihak yang boleh menyumbang idea, cadangan dan menambahbaik peruntukan akta sedia ada meliputi seksyen-seksyen seperti berikut :-

Antara  yang dicadangkan seperti berikut :-

  1. Memperjelas dan menambah tafsiran dalam seksyen 2 meliputi beberapa perkara seperti tafsiran ‘pertahanan awam’, ‘bencana’, ‘pasukan pertahanan awam’, ‘perkhidmatan pertahanan awam’, ‘menteri’ dan ‘majikan’.
  2. Memasukkan fungsi berikut :-
    • melaksana tugas-tugas pertahanan awam ;
    • melaksana kerja-kerja bantuan dan melindungi nyawa, orang atau harta benda penduduk awam semasa bencana ;
    • menjalankan khidmat kemanusiaan ;
    • mengajar orang awam dan melengkapkan mereka bagi maksud pertahanan awam ;
    • menasihat Menteri mengenai perkara pertahanan awam ;
    • kenalpasti bahaya dan risiko yang mempunyai kepentingan negara ;
    • membantu pihak berkuasa tempatan bagi mengalih dan mencegah bahaya struktur di jalan-jalan atau tempat awam ;
    • menyelamat mangsa dalam bahaya dan mengalih mereka ke tempat selamat;
    • mendirikan pos perubatan kecemasan dan memberikan rawatan awal kepada mangsa serta menghantar ke hospital ;
    • membantu agensi awam menyediakan tempat pemindahan mangsa bencana;
    • membantu agensi awam dalam pengurusan dan pengkebumian mangsa yang mati ;
    • menyebar maklumat dan khidmat nasihat kepada orang awam mengenai pertahanan awam ;
    • menyedia, mengurus dan kendali sistem amaran yang khusus ;
    • mengurus pusat-pusat pemindahan ;
    • membantu agensi awam dalam membaiki kemudahan awam ;
    • mengawal dan menyelaras pencahayaan, agihan air dan perbekalan lain ;
    • ambil tindakan melindungi nyawa dan harta benda semasa kebakaran ;
    • menyedia dan mengurus perkhidmatan ambulans ;
    • memastikan penyelarasan antara Angkatan dengan perkhidmatan lain ; dan
    • melaksana lain-lain tugas yang diarahkan.
  3. Mengekalkan peruntukan seksyen 3 sedia ada mengenai kuasa Menteri dengan penambahbaikan dari segi nilai penalti dan denda hukuman penjara.
  4. Mengekal kuasa perlantikan Yang Dipertuan Agong seperti seksyen 4.
  5. Menambahbaik kuasa Ketua Pesuruhjaya.
  6. Memperjelas kuasa anggota Angkatan.
  7. Melaksana perkhidmatan di luar negara.
  8. Pakaian seragam dan aksesori berkaitan.
  9. Keanggotaan Angkatan Pertahanan Awam.
  10. Anggota Bantuan Pertahanan Awam.
  11. Penubuhan dan pengurusan Kadet Pertahanan Awam.
  12. Mengekalkan kuasa Ketua Pesuruhjaya seperti seksyen 5.
  13. Mengekalkan Anggota Angkatan yang disifatkan sebagai penjawat awam seperti seksyen 6.
  14. Mengekalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong bagi pengisytiharan darurat seperti seksyen 7.
  15. Memasukkan tambahan peruntukan mengenai perkara berikut :-
    • perletakan jawatan atau persaraan semasa pengisytiharan  darurat ;
    • perletakan jawatan semasa dalam tindakan tatatertib ;
    • perlindungan hak-hak pekerjaan ;
    • perlindungan dari sebarang tindakan undang-undang ;
    • kuasa Menteri bagi melatih orang awam ; dan
    • perlantikan Pegawai Kehormat Dan Bersekutu.

Akta 221 Akta Pertahanan Awam 1951.
Muat Turun

Sila email sebarang cadangan penambahbaikan berkaitan dengan pindaan akta ini dengan mengisi borang cadangan/ulasan online yang disediakan

KLIK SINI UNTUK MENGIRIM CADANGAN/ULASAN/KOMEN ANDA

 19,785 total views,  58 views today