Bahagian Pengurusan Latihan adalah bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengkaji dan membuat penambahbaikan dasar latihan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ).
Misi
Memastikan dasar latihan dipatuhi dan modul latihan JPAM selaras di seluruh negara.
Visi
Menjadikan dasar latihan dan modul latihan JPAM adalah yang terbaik.
Objektif
- Menghasilkan pegawai dan anggota yang berkemahiran dan cekap dalam melaksanakan tugas menyelamat.
- Memastikan latihan yang dijalankan menepati kehendak dan keadaan semasa.
- Memastikan latihan yang dijalankan mematuhi kurikulum yang telah ditetapkan.
- Melahirkan pegawai dan anggota yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk melaksanakan tugas menyelamat.
Fungsi
- Merangka dan menyusun silibus program latihan untuk pasukan sokongan, angkatan dan pegawai tetap skim KP.
- Menyelia dan mememantau perlaksanaan latihan.
- Menetap dan menentukan dasar latihan.
- Menyelidik dan membangunkan program latihan bersesuaian dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
- Menilai dan melapor pencapaian latihan yang telah dijalankan.
- Memastikan latihan yang dijalankan mempunyai tahap keselamatan yang ditetapkan.
Hubungi Kami
Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :
Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim
Pengarah
Bahagian Pengurusan Latihan
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
No Tel : 03-8920 6007
No Fax : 03-8920 6360
Email : fazlisyah@civildefence.gov.my