Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan

Misi

Meningkatkan keberkesanan organisasi demi kecemerlangan penyampaian perkhidmatan Pertahanan Awam.

Visi

Menjadi pusat rujukan utama dalam penyelidikan, perancangan dan pembangunan strategik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Objektif

  • Memastikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia tetap relevan, unggul dan penting dalam memelihara  keselamatan awam dan harta benda mereka.
  • Meningkatkan kualiti modal insan dan pembangunan strategik  organisasi melalui usaha-usaha penyelidikan dan perancangan yang berkesan.
  • Memastikan dasar-dasar Pertahanan Awam memenuhi piawaian dan matlamat Angkatan.

Fungsi

  1. Mengkaji, merancang, merangka, menggubal dan menyelaras cadangan pindaan dan penambahbaikan aspek teras perundangan dan perkhidmatan operasional diguna pakai Angkatan.
  2. Merangka, mengurus dan menyelaras, menyemak kertas-kertas kelulusan khas/kelulusan dasar Angkatan seperti Memorandum Yang di-Pertuan Agong, Kertas Jemaah Menteri, Minit Ceraian, Warta dan Pengisytiharan, Memorandum Kementerian, Memorandum Angkatan serta sebarang cadangan kerjasama persefahaman dan perjanjian (MoU, NOU, kontrak dsb) mengenai pelaksanaan aktiviti Pertahanan Awarn.
  3. Merancang, mengkaji, menyelaras, menilai, memantau dan mengurus pelaksanaan aspek pembangunan hala tuju dan perancangan strategik Pertahanan Awam serta transformasi Angkatan melalui Key Performance Indicator (KPI), Activity Performance Management Framework (APMF) dan Outcome Based Budgeting (OBB).
  4. Meneliti, menganalisa, dan merancang polisi dan dasar pengurusan bencana tempatan dan menjadi perantara bagi pelan bertindak pasukan operasi Angkatan bagi tugas dan perkhidmatan bantuan bencana di peringkat antarabangsa.
  5. Mengkaji dan menganalisa aktiviti peningkatan daya tahan dan kesiapsiagaan komuniti terhadap bencana agar selaras dengan konsep nasional dan antarabangsa.
  6. Menyelaras dan melaksanakan tugas audit dan naziran dalaman dalam memantau pematuhan kepada perkara-perkara berikut:
    • Akta 221
    • Peraturan-peraturan Pertahanan Awam
    • Dasar/ Pekeliling/Garis Panduan

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

PPj. (PA) Mohd Yusoff bin Samad
Pengarah
Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

No Tel : 03-8920 6030
No Fax : 03-8920 6360
Email : mohdyusoff@civildefence.gov.my

 14,409 total views,  25 views today