Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan dalam bidang pengurusan bencana dan kecemasan dengan cekap dan professional seperti berikut:-
- Mengesahkan keahlian Anggota Sukarela baru dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Mengambil tindakan terhadap semua 100% panggilan kecemasan.
- Sampai ke tempat kejadian tidak lebih dari 30 minit bagi jarak 10km dari Pusat Kawalan 999 JPAM.
- Mengedarkan surat pemberitahuan lapor diri kepada peserta kursus sekurang-kurangnya 7 hari sebelum kursus bermula.
- Menyediakan laporan kursus dalam tempoh 14 hari selepas kursus selesai dilaksanakan.
- Memberi maklumbalas terhadap aduan yang lengkap diterima melalui (telefon/faks/email/suratkhabar) dalam tempoh 1 hari bekerja.