Bahagian Kewangan, Perolehan & Pembangunan
Aliran peruntukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia diuruskan oleh Bahagian Kewangan, Perolehan dan Pembangunan. Bahagian ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tugas-tugas berkaitan dengan kewangan, belanjawan, perolehan dan projek-projek pembangunan jabatan supaya ianya dapat diuruskan dengan lancer dan berkesan.
Objektif
- Objektif utama bahagian ini adalah mendapatkan peruntukan perbelanjaan di bawah Anggaran Belanja Mengurus(ABM) dan Belanja Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) yang diperlukan oleh jabatan dan seterusnya .
- mengagihkan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengikut keperluan masing-masing, melaksanakan proses perolehan.
- Jabatan dan memantau, menguruskan kewangan Jabatan dan Memandu perlaksanaan projek-projek Jabatan.
Fungsi
Untuk memastikan keberkesanan pengurusan dan kawalan kewangan jabatan, bahagian ini dibahagikan kepada 4 seksyen iaitu:
Seksyen Belanjawan
- Mengurus dan menyedia cadangan bajet tahunan Jabatan bagi perbelanjaan Mengurus.
- Menyedia agihan dan mengeluarkan waran peruntukan kepada semua pusat Tanggungjawab. (PTJ)
- Memperoses permohonan peruntukan tambahan dari PTJ.
- Menyediakan Permohonan Vireman kepada bahagian kewangan, KKDN.
- Memproses Waran Perjalanan Udara/Darat Jabatan.
- Memproses Permohonan Kakitangan Untuk skim pinjaman kerajaan bagi pembelian kenderaan dan computer.
- Mengurus hal-hal pentadbiran bahagian.
Seksyen Akaun
- Bertangungjawab memantau perbelanjaan Jabatan berdasarkan prosedur kewangan.
- Memproses waran peruntukan Jabatan.
- Menyelia dan mengawal Peruntukan semasa Jabatan dan PTJ dengan laporan penyata Perbelanjaan Mengurus Bulanan dan penyata Penyesuaian Bulanan.
- Memproses pembayaran baucer bagi semua perbelanjaan Jabatan.
- Mengurus pelarasan gaji / elaun memangku / tanggungkerja kakitangan.
- Melaksanakan naziran dan penyemakan mengejut ke atas PTJ dan menyediakan jawapan bagi teguran audit.
- Menyemak dan memproses permohonan pendahuluan diri, tuntutan perbelanjaan dan elaun lebih masa.
- Memproses permohonan Panjar Wang Runcit.
- Mengurus dan memastikankeberkesanan sisten eSPKB.
- Urusetia bagi Mensyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).
Seksyen Perolehan
- Bertanggungjawab memantau perolehan Jabatan mengikut tatacara perolehan dan prosedur kewangan.
- Memproses permohonan bekalan / Perkhidmatan Jabatan.
- Memproses dan mengemaskini pendaftaran syarikat pembekal.
- Mengurus dan memastikan keberkesanan system ePerolehan.
Seksyen Pembangunan
- Bertanggungjawab memantau peruntukan Jabatan bagi Projek pembangunan.
- Menyediakan laporan prestasi perlaksanaan projek pembangunan kepada Bahagian Kewangan KKDN.
- Mengurus dan menyediakan perlaksanaan projek pembangunan Jabatan.
- Mengurus perolehan tanah untuk pejabat-pejabat negeri, daerah dan pusat latihan Pertahanan Awammelalui permohonan pengambilan balik tanah, permohonan tanah dan pembelian tanah.
- Mengurus hal-hal berkaitan pampas an dan premium tanah.
- Mengurus, mengemaskini dan memastikan keberkesanan system pemantauan Projek ll.
- Mengkaji dan membuat penilaian ke atas tuntutan bayaran oleh kontraktor atau pemaju projek.
Hubungi Kami
Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :
PPj. Bersekutu (PA) Banu A/P Sukumaran
Pengarah
Bahagian Kewangan, Perolehan dan Pembangunan
Ibu Pejabat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
No Tel : 03-8920 6170
No Fax : 03-8920 6360
Email : banu.sukumaran@civildefence.gov.my