Bahagian Khidmat Pengurusan
Misi
Menyedia dan memberikan Perkhidmatan Sokongan yang terbaik kepada seluruh warga APM dan bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator untuk berfungsi dengan cekap dan efektif.
Visi
Menjadikan Bahagian Khidmat Pengurusan lebih komited, proaktif dan peka kepada setiap perubahan yang berlaku di persekitaran yang memerlukan tindakan segera dan efisien.
Objektif
- Memberi perkhidmatan sokongan dan menjadi pemudah cara atau fasilitator kepada Pusat Latihan / Negeri / Daerah / Bahagian-bahagian di APM.
- Memastikan segala bentuk Perkhidmatan Sokongan yang diberi atau disalurkan telah / akan digunakan oleh Pusat Latihan / Negeri / Daerah / Bahagian-bahagian di APM secara optimum mengikut garis panduan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan; dan
- Memastikan segala aspek keselamatan yang merangkumi seluruh warga APM, dokumen / maklumat, bangunan dan harta-benda (peribadi dan Kerajaan) sentiasa terpelihara dan terjamin.
Fungsi
- Memberi perkhidmatan sokongan dan memudahcara Pusat Latihan, Negeri, Daerah dan Bahagian-bahagian di dalam APM.
- Memberi perkhidmatan keurusetiaan dan penyelarasan kepada Pusat Latihan, Negeri, Daerah dan Bahagian-bahagian di dalam APM.
- Memberi perkhidmatan kemudahan dengan mengurus serta menyelenggara untuk kegunaan warga APM.
- Memberi perkhidmatan perhubungan awam untuk penyampaian maklumat yang tepat dan jelas, meningkatkan pengetahuan orang ramai akan tugas dan tanggungjawab APM dan penjelasan mengenai sebarang kemusykilan mengenai dasar dan peraturan yang dilaksanakan oleh APM; dan
- Memberi perkhidmatan keselamatan fizikal serta keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi Pusat Latihan, Negeri, Daerah dan Bahagian-bahagian di dalam APM.
Hubungi Kami
Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :
PPj. Bersekutu (PA) Yoon Boon Chew
Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan
Ibu Pejabat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
No Tel : 03-8920 6210
No Fax : 03-8920 6360
Email : bcyoon@civildefence.gov.my