Soalan Lazim
Apakah Tujuan JPAM mengadakan sidang latihan?
- Bagi memenuhi fungsi dan tujuan penubuhan JPAM berdasarkan Akta 221 (Semakan 1979) yang menyatakan bahawa di dalam Seksyen 3 (2)
- Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam.
- Mengajar orang ramai tentang pertahanan awam dan melengkapkan mereka bagi maksud pertahanan awam.
Siapakah yang boleh mengikuti Latihan Pertahanan Awam?
Latihan Pertahanan Awam adalah terbuka kepada semua warganegera Malaysia
Apakah jenis latihan yang disediakan oleh JPAM?
Latihan yang disediakan merangkumi pelbagai bentuk kemahiran bertujuan memberi pendedahan awalan ketika berlaku sesuatu kecemasan dan bencana.
Antara latihan yang disediakan :-
- Ceramah
- Latihan seperti LKAMK (Latihan Kesedaran Awam Menghadapi Kecemasan)
- Penubuhan Pasukan Sokongan
- Pra-Sekolah (5-6 tahun)
- Program Kesedaran Awal (PROKSPA) = Sekolah rendah (7-12 tahun)
- Kadet Pertahanan Awam (KAPA) = Sekolah menengah (13-17 tahun)
- Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) = Pra-Universiti/ Institusi Kemahiran (18-20 tahun)
- Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA) – Institusi Pengajian Tinggi (20-24 tahun)
- Komuniti/Sektor awam/Swasta/Korporat/Industri (Umur terbuka)
Dimanakah latihan/ceramah akan diadakan?
Latihan Pertahanan Awam boleh dilaksanakan di Pejabat Awam atau di premis yang bersesuaian dengan jumlah peserta sepertimana yang dicadangkan oleh pemohon bagi memudahkan kehadiran peserta.
Apakah pengiktirafan yang diberikan kepada peserta yang menaghadiri latihan ini?
Setiap peserta yang memenuhi syarat latihan Pertahanan Awam layak diberikan sijil menghadiri latihan / ceramah / kursus sebagaimana yang berkaitan. Walau bagaimanapun, peserta dari kelompok Pra-Sekolah dan Sekolah Rendah tidak dibekalkan sebarang sijil.
Bagaimana cara memohon latihan Pertahanan Awam seperti yang dihebahkan?
Permohonan mengikut latihan boleh dihantar ke mana-mana Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) atau Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) melalui serahan tangan, pos, faks dan mel elektronik. Sungguhpun demikian, tuan/puan adalah dialu-alukan untuk berbincang dan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Pegawai yang bertugas berhubung latihan yang ditawarkan.
Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pegawai Perhubungan Awam
Cawangan Perhubungan Awam Dan Dokumentasi,
Jalan Maktab Perguruan Islam, Sungai Merab,
43000 Kajang, Selangor.
No Tel : 03-8920 6000 Samb. 6756/6157
No Fax : 03-8920 6360