Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA)

Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA)

Matlamat penubuhan Pasukan Kadet Sekolah Pertahanan Awam Malaysia (Kaspa) adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para pelajar melalui pelbagai aktiviti kesukarelaan bertujuan memantapkan semangat patriotik, meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif

  • Memberi kemahiran-kemahiran pertolongan cemas, melawan kebakaran dan menyelamat yang boleh digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa.
  • Memberi perkhidmatan sukarela kepada sesiapa yang memerlukan baik di sekolah atau luar sekolah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman.
  • Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taatsetia, cintakan sekolah dan negara.
  • Memupuk semangat hormat-menghormati, kekitaan, pengorbanan dan kejujuran antara satu sama lain.
  • Mencungkil dan memupuk semangat (nilai dan etika) kepimpinan di kalangan pelajar.

Keanggotaan

Pendaftaran untuk menyertai Pasukan Kadet Sekolah Pertahanan Awam Malaysia (Kaspa) adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  • Pelajar-pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 18 tahun.
  • Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan ).
  • Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
  • Mendapat kebenaran ibu bapa dan disokong oleh pihak sekolah.
  • Warganegara Malaysia.
  • Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan.

Bayaran Elaun

  • Anggota kadet tidak layak menerima sebarang elaun.
  • Guru Penyelaras adalah layak menerima elaun mengikut pangkat yang disandang sepertimana kadar yang ditetap dan diterima pakai oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.
  • Guru Penasihat atau Guru Pembimbing Kadet TIDAK LAYAK menuntut sebarang elaun.

Kaedah Latihan

Kuliah : Boleh dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau jurulatih bertauliah.

Praktikal : Dijalankan oleh jurulatih bertauliah dan dibantu oleh Guru Penyelaras Kadet.

Lawatan : Dijalankan sendiri oleh Guru Penyelaras.

Perkhemahan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing dengan bantuan jurulatih bertauliah

Kerja Lapangan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing.

Kerja Kumpulan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan lanjut, sila Hubungi :

Mej. (PA) Syed Azam Shah bin Syed Baharom
Cawangan Kurikulum dan Pasukan Sokongan
Bahagian Pengurusan Latihan
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
No Tel : 03-8920 6011/6016/6020
No Fax : 03-8920 6360
Email : info_bpl@civildefence.gov.my

 87,316 total views,  135 views today