Kor Siswa- Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA)

Kor Siswa- Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA)

Penubuhan Kor Sispa di Universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk memperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Dengan menyertai Kor Sispa ini dapat memberi nilai tambah kepada pelajar dari segi soft skill dan kerja berpasukan disamping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum Kor Sispa ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cinta kepada tanah air.

Objektif

  • Untuk memberi kesedaran dan pendekatan yang lebih efisyen terhadap golongan profesional betapa pentingnya pengurusan bencana dan peranan APM dan menarik minat mereka untuk lebih cenderung berkhidmat sebagai anggota sukarela APM.
  • Menyebar dan mendidik mahasiswa mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam sepanjang masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana. Ia juga membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta mempunyai kepakaran khusus dalam APM.
  • Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan APM sebagai Pegawai Pertahanan Awam yang berkaliber, berpendidikan, bertanggungjawab dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas serta dapat menyumbangkan idea kepakaran akademik untuk memantapkan lagi pengurusan bencana dan kecemasan.

Keanggotaan

Pendaftaran sebagai Pegawai Kadet Kor Sispa adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ IPG yang berusia 18 tahun dan ke atas.
  3. Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan).
  4. Tidak menyertai mana-mana pasukan badan beruniform yang lain.
  5. Pendaftaran pegawai kadet adalah disokong oleh pihak IPTA/ IPTS/ IPG yang mempunyai Pasukan Kor Sispa.

Bayaran Elaun

  • Anggota Kor Sispa yang telah sah keanggotaannya layak menerima elaun jika mengikuti latihan yang dianjurkan oleh APM. Latihan tersebut tidak termasuk latihan kokurikulum di IPTA/ IPTS/ IPG.
  • Pegawai penyelaras adalah layak menerima elaun mengikut pangkat yang di sandang sepertimana kadar yang ditetapkan dan diterima pakai oleh mana-mana pekeliling kerajaan yang berkuatkuasa.
  • Elaun jurulatih dan pembantu jurulatih yang mengajar aktiviti kokurikulum Kor Sispa akan dibayar oleh pihak universiti mengikut kadar IPTA/ IPTS/ IPG masing-masing.

Sukatan Latihan

  1. Pihak Pengurusan IPTA/ IPTS/ IPG adalah digalakkan untuk mengadakan kursus kokurikulum Kor Sispa selama 5 semester. Bagi memenuhi keperluan silibus serta memahirkan mereka dari segi kemahiran, latihan luar/ medan akan diadakan setiap semester.
  2. Pegawai Kadet Sispa akan mengikuti kokurikulum Kor Sispa selama 5 semester. Sijil asas dan sijil kemahiran akan diberikan oleh APM kepada mahasiswa yang berjaya menamatkan kursus pada setiap semester.
  3. Sepanjang menyertai Kor Sispa, Pegawai Kadet Sispa akan melalui beberapa kursus seperti berikut:

i. Kursus Asas Pertahanan Awam

ii. Kursus First Responder Life Support

iii. Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan

iv. Kursus Methodologi Latihan

v. Kursus Bakal Pegawai

  1. Penilaian akan diadakan pada setiap akhir semester bagi melayakkan PKS mendapat jam kredit yang ditetapkan oleh IPTA/ IPTS/ IPG masing-masing.

Penilaian berterusan – 70%          Peperiksaan akhir – 30%

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan lanjut, sila Hubungi :

Lt. Kol. (PA) Mohd Huzaimi bin Raup
Cawangan Kurikulum dan Pasukan Sokongan
Bahagian Pengurusan Latihan,
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
No Tel : 03-8920 6016/6017/6020
No Fax : 03-8920 6360
Email : info_bpl@civildefence.gov.my

 84,230 total views,  105 views today