Bahagian Khidmat Pengurusan

Misi

Menyedia dan memberikan Perkhidmatan Sokongan yang terbaik kepada seluruh warga JPAM dan bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator untuk berfungsi dengan cekap dan efektif.

Visi

Menjadikan Bahagian Khidmat Pengurusan lebih komited, proaktif dan peka kepada setiap perubahan yang berlaku di persekitaran yang memerlukan tindakan segera dan efisien.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan sokongan dan menjadi pemudah cara atau fasilitator kepada Pusat Latihan / Negeri / Daerah / Bahagian-bahagian di JPAM.
  • Memastikan segala bentuk Perkhidmatan Sokongan yang diberi atau disalurkan telah / akan digunakan oleh Pusat Latihan / Negeri / Daerah / Bahagian-bahagian di JPAM secara optimum mengikut garis panduan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan; dan
  • Memastikan segala aspek keselamatan yang merangkumi seluruh warga JPAM, dokumen / maklumat, bangunan dan harta-benda (peribadi dan Kerajaan) sentiasa terpelihara dan terjamin.

Fungsi

  • Memberi perkhidmatan sokongan dan memudahcara Pusat Latihan, Negeri, Daerah dan Bahagian-bahagian di dalam JPAM.
  • Memberi perkhidmatan keurusetiaan dan penyelarasan kepada Pusat Latihan, Negeri, Daerah dan Bahagian-bahagian di dalam JPAM.
  • Memberi perkhidmatan kemudahan dengan mengurus serta menyelenggara untuk kegunaan warga JPAM.
  • Memberi perkhidmatan perhubungan awam untuk penyampaian maklumat yang tepat dan jelas, meningkatkan pengetahuan orang ramai akan tugas dan tanggungjawab JPAM dan penjelasan mengenai sebarang kemusykilan mengenai dasar dan peraturan yang dilaksanakan oleh JPAM; dan
  • Memberi perkhidmatan keselamatan fizikal serta keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi Pusat Latihan, Negeri, Daerah dan Bahagian-bahagian di dalam JPAM.

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

Tuan Yoon Boon Chew
Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan
Ibu Pejabat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

No Tel : 03-8920 6210
No Fax : 03-8920 6360
Email : bcyoon@civildefence.gov.my

 15,764 total views,  20 views today