Misi
Meningkatkan keberkesanan organisasi demi kecemerlangan penyampaian perkhidmatan Pertahanan Awam.
Visi
Menjadi pusat rujukan utama dalam penyelidikan, perancangan dan pembangunan strategik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Objektif
- Memastikan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tetap relevan, unggul dan penting dalam memelihara keselamatan awam dan harta benda mereka.
- Meningkatkan kualiti modal insan dan pembangunan strategik organisasi melalui usaha-usaha penyelidikan dan perancangan yang berkesan.
- Memastikan dasar-dasar Pertahanan Awam memenuhi piawaian dan matlamat Jabatan.
Fungsi
- Menyediakan minit mesyuarat utama Jabatan yang diurusetiakan oleh bahagian dalam tempoh satu (1) minggu.
- Mengeluarkan hasil penyelidikan dan perancangan yang berkualiti serta memenuhi
kehendak stakeholders/pelanggan dalam tempoh seperti berikut:
- Kajian empirikal : enam bulan.
- Kajian konsep : dua bulan.
- Tempoh kajian yang melibatkan pihak perunding bergantung kepada tempoh dalam terma kontrak.
- Menyediakan apa-apa kertas cadangan, kertas laporan, minit ceraian, Memorandum dan Nota Jemaah Menteri dalam tempoh satu (1) bulan.
- Menyelaras dan menyediakan laporan Mesyuarat Perancangan Strategik dan Mesyuarat Kajian Semula Perancangan Strategik dalam tempoh 30 hari bekerja.
- Merancang dan mengenalpasti prospek kerjasama serta mengadakan jalinan hubungan antara Jabatan dengan organisasi luar negara secara berterusan.
Hubungi Kami
Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :
Lt. Kol. (PA) Sharudin bin Md Zain
Pengarah
Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
No Tel : 03-8920 6033
No Fax : 03-8920 6360
Email : sharudin@civildefence.gov.my