Sejarah APM

PRA-MERDEKA

British Passive Defence1939

Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah – langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua.

Ordinan Pertahanan Awam Digubal1951

The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang – undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.

Jabatan Pertahanan Awam Ditubuhkan1952

Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.

PASCA-MERDEKA

Ordinan Pertahanan Awam 1951 Ditukar1957

The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara.

Pertahanan Awam Menjadi Unsur Tetap1958

Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Perksekutuan.

Diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura1964

Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia (Kertas Kabinet No.302/314/64)

Kekuatan Dipertingkatkan1965

Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh negara.

Akta Perkhidmatan Negara1970

Kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 (Akta 425) berikutan bencana banjir besar yang melanda negara.

Pindaan Akta1972

Akta 221 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan selain tugas hakiki menghadapi peperangan.

Pertukaran moto1992

Pertukaran kepada logo baru dengan motto “Sentiasa Siap Sedia”.

Kesan Tragedi Highland Towers1993

Kondominium Highland Towers tumbang di Hulu Kelang mula manampakkan kepentingan peraan Pertahanan Awam dalam situasi kecemasan dan bencana.

ERA-PEMBANGUNAN

JPA 31994

Pengenalan nama ringkas ‘JPA3’ kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mula digunakan untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Talian Kecemasan 9911995

Talian Kecemasan ‘991’ dilancarkan pada 21 Mei sebagai tanda komitmen JPAM memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam.

Rancangan Pembangunan JPA1996

Rancangan Pembangunan 5 Tahun (1996 – 2000) JPAM dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistik dan prasarana dalam gerakan kerja menyelamat.

Peluasan Penggunaan Talian 9912000

Semua ibu negeri di seluruh negara dan enam pejabat cawangan telah melaksanakan perkhidmatan talian kecemasan ‘991’.

Penambahan Pusat Pertahanan Awam Dalam RMK72000

Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan tujuh projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK7 termasuk dua projek pusat latihan yang baru.

Lagi Penambahan Pusat Pertahanan Awam Dalam RMK82001

Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah diluluskan untuk dilaksanakan di dalam tempoh RMK8 m2008 menjadikan semua ibu negeri di seluruh Semenanjung memiliki kompleks pentadbiran, operasi dan latihannya sendiri.

Pengenalan Motto 'Selangkah Ke Hadapan'2004

Slogan ‘Selangkah Ke Hadapan’ diperkenalkan sebagai komitmen warga JPAM memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan pertambahan perjawatan dalam JPAM.

Slogan 'Sedia, Pantas dan Berintegriti' Diperkenalkan2006

Memperkenalkan slogan “Sedia, Pantas dan Berintegriti” sebagai pemangkin menjadikan JPAM sebuah jabatan yang unggul.

JPAM Diperkenalkan2008

Pertukaran pengenalan nama ringkas ‘JPA3’ kepada ‘JPAM’ telah dilancarkan pada bulan Mac semasa sambutan Hari Pertahanan Awam ke 56 yang diadakan di Ipoh, Perak.

999 - Satu Negara Satu Nombor2008

Kerajaan Malaysia memperkenalkan talian kecemasan negara ‘Satu Malaysia Satu Nombor’ ‘999’ bagi menyatukan talian kecemasan yang membabitkan
polis, hospital, bomba dan JPAM.

International Civil Defence Organization2010

7 Mei – Menteri Dalam Negeri menandatangani Keahlian Tetap Malaysia dalam International Civil Defence Organization (ICDO) di Geneva, Switzerland 6 Jun – Malaysia melalui JPAM diterima secara rasmi sebagai Ahli Tetap ICDO.

JPAM memperkenalkan Ops Bantu2010

5 September – JPAM memperkenalkan Ops Bantu bagi memberi bantuan dan khidmat kecemasan kepada orang awam yang menggunakan Jalan-Jalan Persekutuan dan Jalan-Jalan Negeri untuk pulang ke kampung sewaktu musim perayaan.

Penglibatan JPAM dalam Op Lahad Datu 2013

Bermula 17 Februari – Penglibatan JPAM dalam Op Lahad Datu dalam menyediakan pusat perlindungan awam dan khidmat kemanusiaan ketika menghadapi ancaman pencerobohan tentera Kesultanan Sulu.

Penganugerahan pingat Knight of International Order of Civil Defence2014

24 April – Penganugerahan pingat Knight of International Order of Civil Defence kepada Ketua Pengarah Pertahanan Awam oleh Dr. Vladimir Kuvshinov selaku ICDO Secretary General. Pengurniaan ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap kerja-kerja bantuan kemanusiaan, bencana dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam yang dijalankan oleh JPAM.

Asian Crisis Management Conference2014

1 hingga 2 Oktober – Kuala Lumpur menjadi tuan rumah buat kali kedua bagi persidangan 12th Asian Crisis Management Conference (12th ACMC Kuala Lumpur 2014) hasil kerjasama antara JPAM dan DBKL.

Penglibatan JPAM dalam operasi menyelamat dan pasca banjir 2014 - 2015

Penglibatan JPAM secara besar-besaran dalam operasi menyelamat dan pasca banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.

KEMENTERIAN YANG MENGAWAL

Setiausaha Pertahanan1952

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri1955

Kementerian Pertahanan1959

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan1964

Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam1965

Kementerian Pertahanan1967

Kementerian Keadilan1968

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri1970

Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan1971

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan1975

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan1978

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri1982

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri2004

Kementerian Dalam Negeri2008

Jabatan Perdana Menteri2015

 36,866 total views,  192 views today