Civil Defence Emergency Response Team (CDERT)

Civil Defence Emergency Response Team (CDERT)

Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) ditubuhkan pada 16 Mac 2006 berdasarkan kepada Arahan Jabatan Bil. 1 tahun 2006 di mana semua Pejabat Negeri Pertahanan Awam telah diarah melaksanakan penubuhan pasukan CDERT di agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Berkanun serta Komuniti.

Tujuan Penubuhan

  1. Membantu mengurangkan kesan terhadap sesuatu kecemasan atau bencana di peringkat awal. Kesiapsiagaan terhadap sesuatu kecemasan di peringkat awal akan memberi “precaution atau preventive measure” yang baik kepada agensi atau pihak yang berkenaan demi jaminan “survival” agensi mereka.
  2. Penubuhan CDERT ini di agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun terpilih akan dapat membantu Jabatan melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan semasa keadaan kecemasan atau bencana yang memerlukan perkhidmatan Pertahanan Awam.
  3. Penubuhan CDERT oleh Jabatan adalah selaras dengan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Akta Kilang Dan Jentera 1967 yang berkehendakkan semua agensi atau pemilik menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat serta mempunyai tahap perlindungan tinggi daripada bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan atau kehilangan nyawa semasa melaksanakan perkhidmatan.
  4. Impak dan kesan daripada sesuatu kejadian kecemasan, kemalangan atau bencana sudah pasti amat memeritkan dan agak sukar diramalkan serta mendatangkan kerugian yang sukar diterima oleh individu, agensi atau syarikat yang terlibat. Dengan latihan kecemasan dan pengurusan bencana yang diberikan oleh APM, ia akan membantu pekerja untuk memberi tindak balas awal seterusnya mengurangkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan lanjut, sila Hubungi :

Lt. Kol. (PA) Mohd Huzaimi bin Raup
Cawangan Kurikulum dan Pasukan Sokongan
Bahagian Pengurusan Latihan
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
No Tel : 03-8920 6016/6017/6020
No Fax : 03-8920 6360
Email : info_bpl@civildefence.gov.my

 29,175 total views,  60 views today