PORTAL RASMI

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

www.civildefence.gov.my

Unit Integriti APM

   Misi

Membudayakan Integriti di kalangan warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

   Visi

Integriti Tunggak Kejayaan Pertahanan Awam

  Objektif

Untuk menyepadukan semua pengurusan yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan secara lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum.

   Fungsi

Unit Integriti, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi teras seperti berikut:

  • TATATERTIB, PENGESANAN DAN PENGESAHAN
    • Melaksanakan kes tatatertib biasa (am).
    • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
    • Urus Setia mesyuarat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
    • Urus Setia mesyuarat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
    • Urus Setia mesyuarat Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
    • Menguruskan fail dan rekod unit.

 

PENGURUSAN ADUAN, TADBIR URUS DAN PEMATUHAN INTEGRITI

  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan dan maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
  • Urus Setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK).
  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
  • Mengambil maklum pegawai yang tersenarai Keterhutangan Kewangan Yang Serius.
  • Mengambil maklum pegawai yang telah membuat perisytiharan harta melalui Sistem HRMIS.
  • Mengesahkan Butiran Tapisan Keselamatan Halus dan Kasar Pegawai.

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

  Piagam Pelanggan

  • Menguruskan aduan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas diterima oleh Seksyen Pengurusan Aduan / Tadbir Urus / Pematuhan Integriti sehingga dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) untuk diputuskan.

 

  • Menyemak tapisan aduan dan tatatertib yang melibatkan kenaikan pangkat, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, pingat kebesaran dan pelbagai pinjaman Kerajaan dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima.

 

  • Melaksanakan 12 siri hebahan mesej integriti secara berkala bagi memberikan kesedaran integriti dan peringatan terhadap pematuhan peraturan kepada warga APM.

                     Hubungi Kami

    Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

    Kol. Bersekutu (PA) Wan Fadilah Binti Wan Jamaludin
    Ketua Unit
    Unit Integriti
    Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

    No Tel : 03-8920 6300
    Email :  wanfadilah@civildefence.gov.my

     

    Selamat Datang APM

    MYHRMIS MOBILE

    Dasar Privasi