Bahagian Pengurusan Angkatan
Bahagian Pengurusan Angkatan terlibat secara langsung dengan Angkatan Pasukan Pertahanan Awam seluruh negara dalam melaksanakan pengurusan pasukan. Pasukan Pertahanan Awam merupakan pasukan sukarela yang terdiri daripada orang awam yang mendaftar sebagai anggota. Bahagian ini juga merupakan tulang belakang dalam menjanakan misi dan visi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Misi
Memastikan Bahagian Pengurusan Angkatan sebagai bahagian utama yang menerajui Pengurusan Angkatan dan berperanan penting dalam melaksanakan misi dan visi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Visi
Menjadikan Bahagian Pengurusan Angkatan sebagai tunjang yang efektif dan efisien dalam Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Objektif
Menyelia dan mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pengurusan pasukan.
Fungsi
- Menubuhkan satu pasukan, pengambilan dan pelantikan anggota.
- Mengeluarkan watikah dan pemakaian pangkat (Anggota, Pegawai Bersekutu/ Profesional/ Kehormat).
- Tatatertib Pasukan.
- Senarai Simpanan.
- Penyambungan Perkhidmatan Anggota setiap tahun.
- Menguruskan majlis Hari Pertahanan Awam dan sambutan.
- Seminar Pertahanan Awam iaitu Himpunan Pertahanan Awam dan Mesyuarat Pasukan/ Pegawai Pasukan.
- Pengurusan Rekod Angkatan.
- Menguruskan elaun-elaun Pasukan, Bounti dan pakaian seragam.
- Akta dan Kaedah.
- Pengurusan TAPPN (Tabung Amanah Perwira & Amanah Negara).
- Urusan Insurans Berkelompok Allianz.
- Penyediaan Insentif kepada anggota seperti :
- Pakaian seragam.
- Elaun, pampasan, saguhati dan bonus.
- Kenaikan pangkat.
- Mengeluarkan sijil dan pingat.
- Mengelola pengurusan dan penyeliaan kursus dan latihan.
- Bertanggungjawab dalam pengeluaran Watikah Pelantikan dan Pewartaan Pegawai.
Hubungi Kami
Untuk makluman lanjut, sila hubungi :
PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi
Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
No. Tel. : 03-8920 6120
No. Faks : 03-8920 6360
E-mel : pengarah_bpa@civildefence.gov.my




