PORTAL RASMI

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

www.civildefence.gov.my

Sertai Kami

Sukarelawan Pertahanan Awam

Orang awam yang ingin mendaftar sebagai anggota Sukarelawan Pertahanan Awam, boleh berurusan di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang berdekatan. Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman. Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana, operasi menyelamat dan tugasan pejabat. Melatih seramai mungkin orang awam mengenai ilmu Pertahanan Awam.

Syarat-syarat Menjadi Ahli

1

Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas

2

Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal

3

Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR

4

Tidak menyertai badan beruniform yang lain

5

Berminat menjalankan tugas secara sukarela

Faedah Menyertai Anggota

  • Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
  • Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
  • Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
  • Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
  • Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
  • Belajar tatacara berpakaian seragam
  • Dapat belajar seni mempertahankan diri
  • Dapat belajar membaca peta dan kompas
  • Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
  • Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
  • Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
  • Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
  • Dapat belajar asas kebombaan
  • Dapat belajar asas menyelamat
  • Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik untuk situasi kemalangan

Permohonan sebagai anggota

Permohonan Sebagai Anggota Sukarelawan:

Anda mempunyai apa yang kami cari?

 

Sila hubungi Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) yang terdekat. 

Sebarang pertanyaan tentang Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam, Sila hubungi Bahagian Pengurusan Angkatan

Selamat Datang APM

MYHRMIS MOBILE

Dasar Privasi