PEMAKLUMAN IKLAN BAGI PEROLEHAN SEBUTHARGA/TENDER DI MEDIUM PERHUBUNGAN RASMI JABATAN
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, tawaran bagi perolehan tender Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah diiklankan dalam sistem myprocurement seperti perincian berikut:
Tajuk Perolehan: Tender Perkhidmatan Penyenggaraan Dan Pembekalan Alat Ganti Set Janakuasa Milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Bagi Tempoh 36 Bulan (PA.BKW(S) 400-16/6/19)
(https://drive.google.com/drive/folders/1ujtp6sLwj3pONBA6zISOPCwVhuFf25XF?usp=drive_link)
Tarikh Mula Tawaran: 20/06/2023
Tarikh Tutup Tawaran: 11/07/2023
Kaedah rujukan: Laman Web Rasmi APM
(https://drive.google.com/drive/folders/1ujtp6sLwj3pONBA6zISOPCwVhuFf25XF?usp=drive_link)
3. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memuat naik iklan perolehan ini dalam laman web Jabatan/ media sosial rasmi Jabatan. Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini adalah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI”
Saya yang menjalankan amanah,
MUHAMMAD AFIQ BIN MAZLAN
Bahagian Kewangan, Perolehan dan Pembangunan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
03-8920 6175