The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang – undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.
Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.
The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara.
Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Perksekutuan.
Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia (Kertas Kabinet No.302/314/64)
Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh negara.
Kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 (Akta 425) berikutan bencana banjir besar yang melanda negara.
Akta 221 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan selain tugas hakiki menghadapi peperangan.
Pertukaran kepada logo baru dengan motto “Sentiasa Siap Sedia”.
Kondominium Highland Towers tumbang di Hulu Kelang mula manampakkan kepentingan peraan Pertahanan Awam dalam situasi kecemasan dan bencana.
Pengenalan nama ringkas ‘JPA3’ kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mula digunakan untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Talian Kecemasan ‘991’ dilancarkan pada 21 Mei sebagai tanda komitmen JPAM memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam.
Rancangan Pembangunan 5 Tahun (1996 – 2000) JPAM dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistik dan prasarana dalam gerakan kerja menyelamat.
Semua ibu negeri di seluruh negara dan enam pejabat cawangan telah melaksanakan perkhidmatan talian kecemasan ‘991’.
Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan tujuh projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK7 termasuk dua projek pusat latihan yang baru.
Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah diluluskan untuk dilaksanakan di dalam tempoh RMK8 m2008 menjadikan semua ibu negeri di seluruh Semenanjung memiliki kompleks pentadbiran, operasi dan latihannya sendiri.
Slogan ‘Selangkah Ke Hadapan’ diperkenalkan sebagai komitmen warga JPAM memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan pertambahan perjawatan dalam JPAM.
Memperkenalkan slogan “Sedia, Pantas dan Berintegriti” sebagai pemangkin menjadikan JPAM sebuah jabatan yang unggul.
Pertukaran pengenalan nama ringkas ‘JPA3’ kepada ‘JPAM’ telah dilancarkan pada bulan Mac semasa sambutan Hari Pertahanan Awam ke 56 yang diadakan di Ipoh, Perak.
Kerajaan Malaysia memperkenalkan talian kecemasan negara ‘Satu Malaysia Satu Nombor’ ‘999’ bagi menyatukan talian kecemasan yang membabitkan
polis, hospital, bomba dan JPAM.
7 Mei – Menteri Dalam Negeri menandatangani Keahlian Tetap Malaysia dalam International Civil Defence Organization (ICDO) di Geneva, Switzerland 6 Jun – Malaysia melalui JPAM diterima secara rasmi sebagai Ahli Tetap ICDO.
5 September – JPAM memperkenalkan Ops Bantu bagi memberi bantuan dan khidmat kecemasan kepada orang awam yang menggunakan Jalan-Jalan Persekutuan dan Jalan-Jalan Negeri untuk pulang ke kampung sewaktu musim perayaan.
Bermula 17 Februari – Penglibatan JPAM dalam Op Lahad Datu dalam menyediakan pusat perlindungan awam dan khidmat kemanusiaan ketika menghadapi ancaman pencerobohan tentera Kesultanan Sulu.
24 April – Penganugerahan pingat Knight of International Order of Civil Defence kepada Ketua Pengarah Pertahanan Awam oleh Dr. Vladimir Kuvshinov selaku ICDO Secretary General. Pengurniaan ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap kerja-kerja bantuan kemanusiaan, bencana dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam yang dijalankan oleh JPAM.
1 hingga 2 Oktober – Kuala Lumpur menjadi tuan rumah buat kali kedua bagi persidangan 12th Asian Crisis Management Conference (12th ACMC Kuala Lumpur 2014) hasil kerjasama antara JPAM dan DBKL.
Penglibatan JPAM secara besar-besaran dalam operasi menyelamat dan pasca banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.
62,917 total views, 119 views today