Ops Bantu

Ops Bantu JPAM berkonsepkan rondaan dan membantu pengguna Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri yang mengalami kecemasan atau kesusahan  sepanjang perjalanan balik ke kampung dan pulang semula ke bandar sempena musim perayaan. Operasi ini melibatkan JPAM seluruh negeri di Malaysia (14 PNPA, 86 PDPA).

Pelaksanaan Ops Bantu adalah membantu mangsa-mangsa kecemasan dan kemalangan di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Membantu melancarkan pergerakan trafik sepanjang musim perayaan.

PELAKSANAAN OPS BANTU XI 2015

Pelaksanaan Ops Bantu XI ini  dijalankan seperti  hari berikut :

  • Ops Bantu XI terbahagi kepada 2 Fasa iaitu Fasa pertama pada 15 hingga 16 Julai 2015  dan Fasa kedua pada 20 hingga 21 Julai 2015.
  • Ops Bantu XI tidak dilaksanakan pada 17 hingga 19 Julai 2015.
  • Jumlah keseluruhan perlaksanaan Ops Bantu XI ialah 04 hari.

 10,138 total views,  11 views today