Soalan Lazim

Siapakah yang boleh mengikuti latihan Pertahanan Awam?

Latihan Pertahanan Awam adalah terbuka kepada semua warganegera Malaysia

 54,429 total views,  81 views today

Adakah latihan yang ditawarkan dibuat mengikut kesesuaian umur?

Latihan Pertahanan Awam disesuaikan mengikut umur bagi memudahkan penyampaian dan pemahaman terhadap kelompok sasaran berikut :

  • Pra-Sekolah (5-6 tahun)
  • Program Kesedaraan Awal (PROKSPA) =  Sekolah rendah ( 7-12 tahun )
  • Kadet Pertahanan Awam (KAPA) = Sekolah menengah ( 13-17 tahun )
  • Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) = Pra-Universiti / Institusi Kemahiran ( 18-20 tahun )
  • Kor Siswa-siswi Pertahanan Awam (SISPA) = Institusi pengajian tinggi (20-24 tahun)
  • Komuniti / Sektor Awam / Swasta / Koporat / Industri (Umur terbuka)

 54,430 total views,  82 views today

Bagaimana cara memohon latihan Pertahanan Awam seperti yang dihebahkan?

Permohonan mengikut latihan boleh dihantar ke mana-mana Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) atau Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) melalui serahan tangan,pos, faks dan mel eletkronik. Sungguhpun demikian, tuan/puan adalah dialu-alukan untuk berbincang dan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Pegawai yang bertugas berhubung latihan yang ditawarkan

 54,431 total views,  83 views today

Adakah Orang Kelainan Upaya (OKU) boleh memohon latihan ini?

Latihan Pertahanan Awam bersifat umum dan boleh disesuaikan dengan keperluan pemohon. Walau bagaimanapun, pemohon perlu berbincangan dengan pegawai yang bertugas bagi menentukan pendekatan yang tepat semasa sesi latihan berlangsung.

 54,432 total views,  84 views today

Kakitangan JPAM Menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan

IPPA, Khamis, 30/08/2012 : Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah melibatkan diri dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia bagi membantu etnik Rohingya di sempadan Bangladesh/Myanmar. Seramai 5 orang kakitangan JPAM terlibat dan menjadi sukarelawan dalam misi tersebut dana akan berlepas dari Perlabuhan Klang pada 31/08/2012 dengan menaiki kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menuju ke perlabuhan Chittagong, Bangladesh. Misi Kemanusiaan ini di jangka akan berakhir pada 10/09/2012.Misi ini merupakan kesempatan yang baik bagi kakitangan JPAm memberikan khidmat kemanusiaan bukan hanya kepada rakyat di Malaysia sahaja, malah untuk rakyat di negara lain yang memerlukan bantuan.

Tugas khusus kakitangan JPAM yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ini adalah bagi membantu pasukan perubatan di sana di samping memberikan khidmat teknikal “Public Awareness” kepada pelarian etnik Rohingya. Berikut adalah kakitangan JPAM yang terlibat: Kol. (JPA) Ahmad Afandi Mohamad, Fadzli Hamzah (KP 32), Saiful Anuar Mat Isa (KP 17), Hashim Alwi (Anggota), Sarifuddin Hashim (Anggota).

 54,433 total views,  85 views today

Adakah latihan Pertahanan Awam melibatkan penggunaan senjata api sebagaimana Sukarelawan Simpanan Polis (PVR), Askar Wataniah dan RELA?

Latihan Pertahanan Awam tidak  melibatkan sebarang bentuk senjata api memandangkan fokus latihan adalah kesedaran terhadap keselamatan semasa bencana dan cara-cara menghadapi situasi kecemasan.

 54,434 total views,  86 views today

Adakah latihan Pertahanan Awam dilaksanakan di Pejabat Pertahanan Awam sahaja atau boleh diadakan di tempat yang disediakan oleh pemohon seperti sekolah, dewan komuniti , kilang dan institusi pengajian?

Latihan Pertahanan Awam boleh dilaksanakan di Pejabat  Awam atau di permis yang bersesuai dengan jumlah peserta sepertimana yang dicadangkan oleh pemohon bagi memudahkan kehadiran peserta.

 54,435 total views,  87 views today

Apakah pengiktirafan yang diberikan kepada peserta yang menghadiri latihan ini?

Setiap peserta yang memenuhi syarat latihan Pertahanan Awam layak diberikan sijil menghadiri latihan / ceramah / kursus  sebagaimana yang berkaitan. Walau bagaimanapun, peserta dari kelompok Pra-Sekolah dan Sekolah Rendah tidak dibekalkan sebarang sijil.

 54,436 total views,  88 views today

Adakah peserta yang mengikuti latihan diberikan baju T (T-Shirt) bagi menarik minat sepertimana aktiviti yang dilaksanakan oleh organisasi belia?

Hanya mereka yang mendaftar sebagai anggota sukarelawan Pertahanan Awam dan memenuhi syarat sahaja yang dibekalkan dengan baju T atau pakaian Seragam Pertahanan Awam. Organisasi pemohon digalakkan menyediakan sendiri baju T yang seragam bagi menunjukkan komitmen terhadap latihan yang dijalankan.

 54,437 total views,  89 views today

HUBUNGI KAMI

Untuk makluman lanjut, sila hubungi:

Pegawai Perhubungan Awam
Cawangan Perhubungan Awam Dan Dokumentasi,
Jalan Maktab Perguruan Islam, Sungai Merab,
43000 Kajang, Selangor.

No Tel : 03-8920 6000 Samb. 6156/6157
No Fax : 03-8920 6360

 54,428 total views,  80 views today