PORTAL RASMI

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

www.civildefence.gov.my

Ahad, 24 November 2024 – Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertempat di KLCC. Turut hadir, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya APM bersama YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri, Ketua-ketua Setiausaha, Ketua-ketua Jabatan/Agensi Kerajaan serta Wakil Penjawat Awam.

Dalam majlis tersebut, YBhg. Ketua Setiausaha Negara turut melancarkan Pekeliling Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dan Pekeliling Uji Kaji Peraturan pada Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024.

Dalam majlis tersebut beliau sempat melancarkan naskah “100 Hari Shamsul Azri: Reformasi Perkhidmatan Awam” yang merupakan buku pencapaian 100 hari beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Negara.


Selamat Datang APM

MYHRMIS MOBILE

Dasar Privasi