Civil Defence Auxiliary Member (CDA)

CIVIL DEFENCE AUXILIARY MEMBER (CDA)

 

Berdasarkan Akta 221 Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mempunyai tiga komponen utama iaitu Regular Member (Pegawai Tetap), Volunteer Member of the Force (Sukarelawan) dan Auxiliary Member of the Force (Ahli/Pasukan Bantuan). APM juga dilengkapkan lagi dengan dua lagi elemen iaitu Kor kadet Pertahanan Awam (Tunas, Kadet Sekolah, Pasukan Institusi, Kor Siswa Siswi) dan Pegawai Lantikan Pertahanan Awam (Pegawai Kehormat & Pegawai Bersekutu.

 

PENUBUHAN CIVIL DEFENCE AUXILIARY MEMBER (CDA)

 

Pewujudan Civil Defence Auxiliary Member (CDA) dapat menzahirkan dan memperkasakan lagi elemen Auxiliary Member dengan menyediakan platform kepada mana-mana organisasi yang kompeten tidak kira dari badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan termasuk mana-mana juga individu yang kompeten untuk sama-sama berkhidmat dan berbakti kepada negara melalui bantuan latihan, bantuan kepakaran dan bantuan pelbagai kepada APM ataupun kepada mana-mana entiti mahupun rakyat yang memerlukan sesuai dengan APM sebagai sebuah agensi kesiapsiagaan awam, pengurusan bencana dan perkhidmatan kecemasan negara.

 

Tiga (3) skop bantuan utama CDA iaitu : 

 

  1. Skop Latihan (Cth: Latihan Generik/ Umum atau Latihan Fungsional)
  1. Skop Kepakaran (Cth: IT & Telekomunikasi, Mekanikal & Elektrikal, Logistik, Medikal & Kesihatan, Penyelamatan, Civil & Geologikal, dan Media)
  1. Skop Pelbagai (Cth: Pengurusan Kem & Pusat Perlindungan, WASH, Makanan, Khidmat Kemanusiaan, dan Lain-Lain)

MEKANISME CIVIL DEFENCE AUXILIARY MEMBER (CDA)

 

Pengurusan CDA adalah terdiri daripada 12 Kluster pecahan yang fokus kepada perkara dan kepakaran bantuan khusus tertentu seperti berikut:

KOD

KLUSTER

BIDANG

KOD

KLUSTER

BIDANG

CDA01

CDA-ARD

Advisory , R & D & Governance

CDA07

CDA-PSS

Kaunseling/ Psychology First Aid (PFA), Kerohanian, Khidmat Sosial

CDA02

CDA-LOGS

Logistik & Rantaian Bekalan

CDA08

CDA-ERT (CDERT)

Pasukan Tindak Balas Kecemasan Awal

CDA03

CDA-TRAINING

Latihan

CDA09

CDA-COM

Media/ IT/ Telekomunikasi

CDA04

CDA-SHELT

Pusat Perlindungan

CDA10

CDA-HUMSERV

Khidmat Kemanusiaan

CDA05

CDA-GMECS

Geologi, Mekanikal, Elektrikal, Civil & Struktur

CDA11

CDA-RESQ

Penyelamatan

CDA06

CDA-MED

Medikal & Kesihatan

CDA12

CDA-NATSC

Ilmu Alami (Ilmu Alternatif

cth: Perubatan Alternatif, Ilmu Alami Dll)

PERMOHONAN PENDAFTARAN CIVIL DEFENCE AUXILIARY MEMBER (CDA)

 

Pendaftaran CDA hendaklah melalui Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) / Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA).

 

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan lanjut, sila Hubungi :

 

Mej. (PA) Syed Azam Shah bin Syed Baharom
Cawangan Kurikulum dan Pasukan Sokongan
Bahagian Pengurusan Latihan
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
No Tel : 03-8920 6016/6017/6020/6022
No Fax : 03-8920 6360
Email : info_bpl@civildefence.gov.my

 26,201 total views,  5 views today

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Jabatan  Perdana Menteri

Jalan Maktab Perguruan Islam, Sungai Merab,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Telefon : 603-8920 6000 | Faks : 603-8920 6360
Email : webmaster@civildefence.gov.my