Tunas Pertahanan Awam (TUSPA)

TUNAS PERTAHANAN AWAM (TUSPA)

Melalui punca kuasa Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Akta 221, Seksyen 2B (h), Surat Kelulusan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.600-14/1/19 Jld. 13 (65) bertarikh 21 Ogos 2017 dan Surat peluasan penubuhan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) PA.BPA.600-1/1/11(33) bertarikh 16 Oktober 2017, Tunas Pertahanan Awam telah ditubuh dan dikembangkan ke Sekolah-Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi salah satu program kokurikulum badan beruniform bagi murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6. Sebelum penubuhan TUSPA, pihak APM hanya melaksanakan Program Kesedaran Awalan Keselamatan Sekolah Rendah Pertahanan Awam (PROKSPA).

OBJEKTIF TUNAS PERTAHANAN AWAM (TUSPA)

Melahirkan masyarakat khususnya murid-murid yang cemerlang, berdisiplin, Bersatu padu dan berketereampilan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta murid-murid yang berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam sejajar dengan Seksyen 2B (h) Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Akta 221.

KEANGGOTAAN TUNAS PERTAHANAN AWAM (TUSPA)

Pendaftaran untuk menganggotai Tunas APM adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Murid-murid sekolah rendah antara Tahun 4 hingg Tahun 6.*
  • Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam (badan beruniform) yang lain.

 

*Keanggotaan Tunas APM bermula daripada Tahun 3 adalah dibolehkan jika aktiviti badan beruniform sesebuah sekolah tersebut bermula dari Tahun 3.

Tiga okjektif diutamakan iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kurikulum latihan dijalankan berdasarkan 8 tema berikut:

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :

Mej. (PA) Syed Azam Shah bin Syed Baharom
Cawangan Kurikulum dan Pasukan Sokongan
Bahagian Pengurusan Latihan
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
No Tel : 03-8920 6016/6017/6020/6022
No Fax : 03-8920 6360
Email : info_bpl@civildefence.gov.my

 10,219 total views,  10 views today