Bahagian Pengurusan Angkatan

Bahagian Pengurusan Angkatan terlibat secara langsung dengan Angkatan Pasukan Pertahanan Awam seluruh Negara dalam melaksanakan pengurusan pasukan.Pasukan Pertahanan Awam merupakan pasukan sukarela yang terdiri daripada orang awam yang mendaftar sebagai anggota.Bahagian ini juga merupakan tulang belakang dalam menjanakan visi dan misi Jabatan pertahanan Awam Malaysia.

Misi

Memastikan Bahagian Pengurusan Angkatan sebagai bahagian utama yang menerajui Pengurusan Jabatan dan berperanan penting dalam melaksanakan misi dan visi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Visi

Menjadikan Bahagian Pengurusan Angkatan sebagai tunjang yang efektif dan efisien dalam Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Objektif

Menyelia dan mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pengurusan pasukan.

Fungsi

  • Menubuhkan satu pasukan,pengambilan dan perlantikan anggota.
  • Mengeluarkan watikah dan pemakaian pangkat (Anggota ,Ahli Bersekutu / Profesional / Kehormat ).
  • Tatatertib Pasukan.
  • Senarai Simpanan.
  • Penyambungan Perkhidmatan Anggota setiap tahun.
  • Menguruskan majlis Hari Pertahanan Awam dan sambutan.
  • Seminar Pertahanan Awam iaitu Perhimpunan Pertahanan Awam dan mesyuarat Pasukan/Pegawai Pasukan.
  • Pengurusan Rekod Angkatan.
  • Menguruskan elaun-elaun Pasukan,Bounti dan pakaian seragam.
  • Akta dan Kaedah.
  • Pengurusan TAPPN (Tabung Amanah Perwira & Amanah Negara).
  • Urusan Insurans Berkelompok Allianz.
  • Penyediaan Insentif kepada anggota seperti :
    • Pakaian seragam.
    • Elaun, pampasan, saguhati dan bonus.
    • Kenaikan Pangkat.
    • Mengeluarkan sijil dan pingat.
    • Mengelola pengurusan dan penyeliaan kursus dan latihan.
    • Bertanggungjawab dalam pengeluaran watikah Perlantikan dan Pewartaan Pegawai.

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

PPj. (PA) Ghazali Bin Abd Rahman
Pengarah                                                                                                                                                                                        Bahagian Pengurusan Angkatan
Ibu Pejabat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

No Tel : –
No Fax : 03-8920 6360
Email : ghazali@civildefence.gov.my

 8,807 total views,  12 views today