Sukacita dimaklumkan bahawa APM negeri Kelantan dalam proses untuk melaksanakan pelupusan aset jualan sebut harga secara sisa. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dikemukan Borang KEW.PA 27 dan KEW.PA 28 untuk dipaparkan dalam laman sesawang APM. Tarikh aset boleh dilihat adalah pada 25 Jun 2023 (Ahad) hingga 11 Julai 2023 (Selasa) di antara jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Bharu, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tarikh tutup sebut harga tersebut adalah pada 11 Julai 2023 jam 12.00 tengah hari.
Sekian, terima kasih.