Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, tawaran bagi perolehan
TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MEMASANG PERKAKASAN INFRASTRUKTUR HYPER-CONVERGED DAN ACTIVE DIRECTORY BERSEPADU ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (
QT230000000016649) telah diiklankan dalam sistem ePerolehan seperti perincian berikut:
Tarikh Mula Tawaran: 07/07/2023
Tarikh Tutup Tawaran: 28/07/2023
Kaedah Permohonan: Sistem ePerolehan (http://www.civildefence.gov.my/wp-content/uploads/2023/07/Kenyataan_Tawaran_Pembekal.pdf)
3. Sehubungan dengan itu, bahagian ini memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memuat naik iklan perolehan ini dalam laman web rasmi Jabatan / media sosial rasmi jabatan.
Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini adalah dihargai.
Sekian, Terima Kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI”
Saya yang menjalankan amanah,
Bahagian Kewangan, Perolehan & Pembangunan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Jalan Maktab Perguruan Islam
Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor