Sabtu, 23 November 2024 – Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YB Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi bertempat di Kampung Pasir Baru, Puchong, Selangor. Turut hadir, YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato’ Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM bersama YS Kol. (PA) Effendy bin Hj. Ali, Pengarah APM Wilayah Persekutuan serta penglibatan warga Kampung Pasir Baru, Puchong, Selangor.
Kampung Siaga 221 adalah merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Inisiatif ini adalah usaha untuk memperkukuhkan fungsi dan peranan APM sebagaimana yang terkandung di dalam Akta Angkatan Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
Program ini bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi sebarang ancaman kecemasan, bencana dan musuh. Program ini sedang digerakkan secara rintis dan berperingkat dengan memberikan fokus kepada kawasan-kawasan terdedah risiko bencana dan kecemasan.











